Swimming therapy.
Ade sedikit perubahan pada wajah baru blog. Saja ubah rasa ubah cara. Hari ni, mata pedih, tangan lenguh, kaki macam nak kejang. Gara-gara nak ubah rasalah juga. Hari ini saya pergi berenang dgn kak Sabariah, kali ke dua di Abraham Moss. Di situ adalah pusat aktiviti komuniti di Manchester ni. Saya dgn tak percaya telah mendaftar menjadi ahli dengan yuran £ 2 saja. Kebetulan saya telah melaburkan sedikit duit utk membeli baju renang muslimah, utk sesi renang program Helwa Manchester tetapi program tersebut belum pernah terlaksana. Mujur ada baju renang muslimah ini, dapatlah saya menceburkan diri dalam bidang yang dah lama saya teringin nak menceburinya. Jadi biarlah saya buat program saya sendiri. Hari pertama sesi renang saya telah berguru dgn Adwa dan Kak Hasni. Terima kasih, kakak-kakak sekalian. Baru saya tahu ada istilah bubbling, perkara asas sebelum belajar teknik berenang yang lain. Untuk bubbling, kita perlu hembuskan nafas melalui hidung di dalam air, dan ambil nafas melalui mulut. Agak terbalik dgn cara kita bernafas biasa. Kepentingan teknik ini adalah supaya kita dapat mengapungkan diri.
Hari pertama cikgu suruh berlatih bubbling saja, supaya dapat mahirkan diri, tapi saya sudah tidak sabar untuk berkuak dada dan bergaya bebas, jadi rasakan lah berapa kali sudah tertelan air, dan tenggelam timbul. Saya perlu kekalkan rasa tenang dan jangan jadi panik kalau tidak mahu si jejaka pemerhati terjun menyelamatkan saya. Hari pertama rasa pening dan letih serta kembung perut terminum air. Hari ini saya kurang terminum air, tetapi teknik bubbling saya masih belum boleh mengapungkan diri saya. Jadi saya terpaksa perah tenaga utk gunakan tangan dan kaki menguak air agar saya timbul. Oh, alangkah penatnya!

Comments
Bestnye ada baju muslimah..aku ade jugak mmg bawak pun tp kaler dia striking sgt...kalo ade warna gelap2 sikit nk beli lah.berapa ye diorg jual?
Apa pun teruskan usaha utk berenang! You can do it!! Aku dulu belajar kt kolam UIA...intensive course 5 hari...adehh...mmg penat giler..bab telan air masuk air dlm telinga kira kanan tu tkyah ckp la...
bestnye dpt berenang! nanti kalau kak long make it a routine boleh kurus cepat. dan sehat, insyaallah. hehe. tak dpt bygkan mcmane rupa. heh. agudlak2. nanti dah tere ajar ain ok.
Mak Lang, pasal kurus tu bukanlah target utama. Nak sihat itu yg penting. Tak yah lah nak bayangkan along terkapai-kapai, buruk ghupanya!
MAk Teh, kalo ditunjuk gambar along pakai swim suit tu kang ramai lak berkenan hahaha. Boleh lah release tension sket. Tapi kalo nak tgk rupanya baju tu lebuh kurang mcm kat sini http://www.modestlyactive.com/shop/slim_fit_1.html
Tapi kat site ni mahal sangat.
Swimming suit aku rupa Zebra plak..belasah jer..
heheh..aku pun dulu mula2 blaja teknik bubbling tu rasa nak bunuh diri je..
Tapi now..swimming a good therapy tau kalau kita tension..it's like all the problems had been wash away..ewah!