Sedikit cahaya
Pagi tadi hujan lebat, siap ade kilat dan guruh lagi. Agak jarang sebenarnya bentuk hujan sebegini di sini. Oleh kerana hari ini wajib ke office kerana ade perbincangan tertunda dgn Paolo, saya terpaksa minta jasa baik En Abg utk menghantar saya. Tak mahulah saya membasahkan diri atau pun beg yg sarat dgn segala benda-benda penting itu. Agak berdebar sbb saya tak berapa bersedia dgn perbincangan di luar jangkaan. Sesampai di office, Paolo dah ada di mejanya. Kalau ikutkan pukul 11 baru mula berbincang, tapi dia mmg dah tak sabar-sabar lagi, jadi di awlkan ke pkl 9.30.
Setelah menerangkan kandungan laporan yg saya tahu dia mmg tak sempat nak baca, ada beberapa perkara yg perlu diperbetulkan. Kalau ikut perbincangan lepas, saya telah utarakan isu ttg kemungkinan yg sebenarnya penyelesaian yg kami usahakan adalah utk menyelesaikan masalah yg artificial. Iaitu masalah yg ada pada model kami, bukan pada model org lain. Jadi dari segi kontribusi atau sumbangan jadinya akan jadi agak terhad, melainkan ramai yg menggunakan model tersebut. Masih saya ingat lagi muka Paolo yg terkejut dengan kenyataan saya, mana tidaknya, saya telah mengkritik model dia rasanya buat kali pertama secara depan-depan. Kalau secara belakang-belakang tu dah banyak kali dah, kak Lin ler biasanya geng kritik-kat-belakang saya.
Pada pendapat Paolo isu yg saya bangkitkan agak serius kerana ini bermakna hasil eksperimen yg saya lakukan mungkin hanya akan jadi sampingan atau lebih teruk tak berguna langsung dalam konteks kajian kami. Saya mmg sudah menjangka reaksi dan kesan tindakan saya tersebut dari awal tetapi saya perlu bangkitkan isu tersebut supaya saya dapat ambil langkah awal utk perubahan definisi masalah dan mungkin eksperimen yg baru. Bukankah saya telah katakan yg saya bukan seorg yg optimis, jadi saya sudah ada bayangan-bayangan negatif ttg komplikasi-komplikasi atas sbb tidak ambil tindakan awal.
Jadi saya telah putuskan untuk melihat masalah tersebut dari sudut berbeza, dan pada masa yg sama boleh gunakan keputusan eksperimen sebagai sumbangan sampingan. Tetapi perbincangan hari pada saya agak memberangsangkan kerana bukan saja kami sudah ada premis utk menyatakan yg masalah tersebut tidak artificial, tetapi ada satu lagi elemen tambahan utk mengolah definasi masalah tersebut. Maksudnya, saya sudah ada spektrum penyelesaian yg lebih besar disebabkan pertambahan elemen tersebut. Secara total, kami berpuashati dengan hasil perbincangan, dan barulah ada sedikit cahaya untuk saya kemudikan arah 'kapal layar' saya. Alhamdulillah saya panjatkan syukur padaNya.

Comments