Mana matahari?
Saya sebenarnya tiada cerita menarik pun di sini. Ini hanyalah celoteh-celoteh kosong di petang Ahad, yg mendung dan kelabu. Rasanya sudah 2 minggu keadaan hujan-panas sekejap- hujan-kembali di bumi Manchester dan mungkin seluruh tanah England ini. Mak kata matahari macam main 'cak-cak' iaitu kiranya kita tidaklah pasti samada cuaca yg cerah akn sentiasa cerah hingga ke petang/sblm waktunya matahari itu patut terbenam, atau menghilangkan dirinya di ufuk barat. Lalu dalam keadaan yg sebegini kalau saya di Malaysia, sedikit sbyk mengganggu aktiviti mendobi atau menyidai kain jemuran. Lalu kerana saya ini bukanlah org yg terlalu optimistik maka saya akn putuskan untuk tidak menjemur kain kerana adalah lebih kecewa dan merobek rasa kalau melihat baju yg telah dicuci, diperah bersih itu menjadi lebih basah dari sebelumnya.
Tapi di sini, matahari ada peranan yg lebih bersifat psychology pada saya, selain kesannya pada aktiviti harian. Kerana tanpanya buat saya rasa tidak bersemangat dan lesu. Mungkin saya cuba bersikap eskapisme kerana tidak bersemangat utk berbuat apa-apa, dan kemudian akan menyesal kerana esok sudah hari Isnin. Hari Isnin selalunya buat saya rasa cemas kalau perancangan mingguan saya tidak tercapai.
Cerita pasal cuaca ini mengingatkan saya ttg ujian IELTS yg pernah saya duduki sblm ke sini, sbg satu syarat utk melanjutkan pelajaran di luar negara. Salah satu ujian iaitu ujian Speaking saya telah mendapat tajuk mengenai cuaca. Dan examiner saya pada hari itu adalah seorang wanita India gempal yg agak bengis lagi menggerunkan (pada pandangan saya, mungkin tidak pd org lain). Dia bertanya pada saya apa kebaikan hujan pada seseorang. Dalam keadaan tertekan kerana tiada idea yg menerjah ketika itu, saya bagi jawapan yg setelah pulang saya rasa saya telah beri jawapan bodoh pada wanita itu. Juga kerana setelah melihat reaksi wajahnya yg seakan-akan tertelan halia setelah saya katakan yg hujan boleh memberikan saya ketenangan jiwa dan boleh mendatangkan ilham pada saya. Tambahan pula dalam keadaan panik, saya tersepak meja beliau dan terpaksa meminta maaf berkali-kali dengan harapan janganlah dia memberi markah yg rendah pada saya. Oh mungkin harapan saya tak kesampaian sbb mmg saya dapat markah yg rendah utk ujian itu. Mungkin ini satu lagi bentuk eskapisme yg cuba saya lakukan- utk markah yg rendah itu.
Walau macam mana pun saya ttp rindukan matahari, dan saya amat faham penyiksaan ayah sewaktu di sini kerana cuaca yg dingin-beku dan kaku ini.

Comments
btw, scientifically, matahari atau cahaya mmg bagi kesan kat psycho atau kegembiraan. gelap dan cuaca hujan mmg mudah depresskan jiwa. so kalau musim hujan atau mendung, make sure bukak lampu terang2 so that tak depress dan murung.
sumtimes mendung tu buat kita depress but at certain times buat kita tenang..wutever pun mmg ade kesan psikologi di situ...
may ur days brighten with sunshine!!
How are you? lama tk dgr citer.Ingat bulan Aug ni nk ke Manchester jengah kawan2 sebab aku dah lemauuuuu!
-Shue
Dya-nnti rasalah bila duduk tmppt org. hihi.
kak Ji-lor tak sangka akk visit blog saya nih. Malu lah pulak heheh..terharu pon ade. Itulah kan kak kena bersabar lah banyak2, 'kesejukan yg menghimpit perasaan'
Shueee- ape kabar hang di selatan nun.Woit, canne leh sama soalan IELTS nih, lawakkan bila pikir balik ujian yg menyiksakan tu? Dah lemau?hahah dah lama aku tak dengar perkataan tu. Meh ler jln2 sini.