Cubalah cuba

Terkial-kial adik mengenakan seluar kecilnya. Meradang bila kedua-dua kaki masuk dalam lubang seluar yang sama, dan dia akhirnya terjelepok ke lantai. "It's hard ibu!". Dia mengomel. Saya biar dia mencuba lagi, akhirnya selamat juga seluar kecil itu dipakai, sebelum seluar besar mendapat giliran. Kemudian mahu pasang butang baju sendiri pula. Marah bila tangan saya yang tak sabar menunggu itu menyentuh butang bajunya. Butang baju pula ada tujuh. Mahu juga pasang sendiri semuanya.

Terpaksa saya biarkan dia buat sendiri banyak perkara sekarang ini, atas kemahuan dia. Cuma bila bab menggoreng sosej atau panaskan susu dalam microwave saya belum boleh biarkan dia. Kalau tidak semua benda mahu buat sendiri. Banyak benda juga yang tidak boleh biarkan lepa, kalau tidak sekejap lagi ada budak yang putih melepak mukanya (yang sudah bertepek bedak) datang tersengih-sengih pada saya. Atau pun datang dengan gel rambut penuh satu kepala, lipstik bersememeh keliling mulut. Paling teruk ditampalnya panty-liner saya di dahi, dibuat macam koyok. Jenuh saya nak mengurusnya.

Kakak pula masih manja mahu saya buatkan semua untuknya. Padahal dia sebenarnya jauh lebih mampu untuk melakukan. Melayan karenah anak-anak setiap hari buat saya tidak sedar masa berlalu pantas. Mungkin ada hikmahnya kerana saya tidak sempat jadi bosan dengan kerja saya. Cuma rasa tertekan itu adalah lumrah, kerana kita manusia biasa yang lemah serba serbi. Masa selalu padat untuk saya berkejar uruskan kerja dan hal keluarga setiap hari. Masa untuk diri sendiri sudah jarang ada semenjak bergelar ibu. Baru saya tahu bagaimana susahnya emak menguruskan kami enam beradik. Mungkin lebih susah dari saya. Tapi mak selalu kata, kalau tak nak susah, nak bagi susah tu kat sape? Ehm silalah jawap.

Rasa bersyukur dengan kehadiran dua orang budak perempuan ini dalam hidup saya.

Moga kalian terus sayang menyayangi dan jadi anak-anak solehah.

Comments

AyinEmran said…
Ala comel sangat nak buat sume benda sendiri. Kelakar la citer kak long, ain mcm boleh imagine. Haha. Najah manja bila ibu dia ada je kan, ibu dia gi school dia pandai jugak buat keje sendiri.

Bila adik nak dpt adik lagi? Hehe. Takyah jawab, saja usik kak long. hehe.
pidit said…
haha,kna layan kan aje ape yg diorg nak wat ek..
mak pun rajin layan kita nak wat ape eventho mak byk keja lain nak wat..
ahh,macamana la dya bila jd ibu nnt (a few weeks to come)..harap2 dpt jadi as strong as k long!
Akmar Emran said…
Mak lang and Mak Teh, selamt menempuh alam ibu :) bestnya nak dapat dua anak buah sekali dalam satu tahun. Bagi la chance kat you all ber'baby' nnti bila dah setel sume boleh join..hihi
Anonymous said…
comel2 puteri2 ko ni qma.geram aku nengok..
Erm aku terfikir satu ayat ko " kalo tak nak susah, nak bagi susah tu kat sapa" huhuh kan...betul tu...fikir2...erkk...kalo tak nak susah buat PhD, nak bagi kat sapa susah PhD aku ni kan? sendiri mau fikir..hahaaha

I am back!
Huhu lama aku menyepi
Akmar Emran said…
Shu, sori tak perasan komen ko. Welcome back my friend!

Popular Posts