Kisah ziarah dari Mesir
Minggu ini minggu cuti sekolah anak-anak gadisku. Keadaan cuaca yang masih sejuk, dengan salji yang masih sudi turun di Manchester membuatkan aktiviti mereka adalah cuti-cuti di dalam rumah. Baru hati saya mahu melonjak girang bila melihat ada pokok yang sudah mula berbunga warna merah jambu di sekitar kawasan universiti, tiba-tiba pada malamnya Encik salji dan kawan-kawannya sudah turun. Ya, tak baik mengeluh, salji pun bagus juga, panas pun bagus juga. Cuma bila melihat aktiviti pembungaan (ada ke istilah ni?) yang bertemankan Sang matahari secara semulajadinya membuat saya jadi girang-bahagia-suka hati-gembira. Bagai di awangan, amboi!
Update untuk minggu lepas kami diziarahi oleh anak buah kami Husna dan kawan-kawannya Safiyyah, Aizah dan Huda - gadis-gadis manis bakal doktor dari Zagazig, Mesir. Rasa tak puas aje bawa dia org meronda Manchester ni, sebab ada lagi tempat yang tak sempat di jengah-jelajah. Harus beg dia orang melembung penuh dengan barang tangkapan beli belah kalau saya sempat bawa mereka ke tempat-tempat lain. Haha..datang lagi lah korang. Bawa beg spare lebih sikit. :)
Najah dan Nadhirah yang paling bahagia sebab ramai yang melayan kerenah mereka. Celik-celik mata dah tanya pasal kakak-kakak. Sempat buat sate, di malam terakhir dia org di Manchester, setelah penat meronda di university, ke muzium dan bershopping di area Picadilly Garden dan China Town. Sebelah pagi ke Trafford Center, bergambar-gambar sakan sebelum aktiviti petang.
Ini, di hadapan bangunan antik Withworth Hall, University of Manchester,
dan di muzium dengan Encik dina-sour,
juga di Trafford Center - syurga shopping Manchester,
lagi di jejambat universiti, tempat saya berulang alik,dan di Picadilly garden, Manchester,

Comments
ada kat bilik saya ni senduknya..:P
thanx alot maksu n fam..
rindu!
rindu da gurlz..