Kisah ziarah dari Mesir

Sudah sedikit bersawang blog ini. Sebabnya hidup saya agak sibuk mengejar deadline untuk bab tesis dan analisa sistem yang masih belum siap. Aishh..cepat siapkan wahai puan Nurul! Bulan Mac akan menjengah tak lama lagi. Kenapalah saya tidak boleh tulis laju-lancar macam air? Ya, kadang-kadang air pun boleh jadi beku kan? Oh, tidak..tidak..tidak..saya macam tak percaya yang masa begitu pantas berdetik. Sampaikan tidur pun tak sempat mimpi apa-apa. Sedar-sedar...it is another brand new day again. hu..hu..Moga Allah masih berikan saya (dan semua) banyak kesempatan untuk menikmati hari-hari baru dalam hidup dengan jayanya.

Minggu ini minggu cuti sekolah anak-anak gadisku. Keadaan cuaca yang masih sejuk, dengan salji yang masih sudi turun di Manchester membuatkan aktiviti mereka adalah cuti-cuti di dalam rumah. Baru hati saya mahu melonjak girang bila melihat ada pokok yang sudah mula berbunga warna merah jambu di sekitar kawasan universiti, tiba-tiba pada malamnya Encik salji dan kawan-kawannya sudah turun. Ya, tak baik mengeluh, salji pun bagus juga, panas pun bagus juga. Cuma bila melihat aktiviti pembungaan (ada ke istilah ni?) yang bertemankan Sang matahari secara semulajadinya membuat saya jadi girang-bahagia-suka hati-gembira. Bagai di awangan, amboi!

Update untuk minggu lepas kami diziarahi oleh anak buah kami Husna dan kawan-kawannya Safiyyah, Aizah dan Huda - gadis-gadis manis bakal doktor dari Zagazig, Mesir. Rasa tak puas aje bawa dia org meronda Manchester ni, sebab ada lagi tempat yang tak sempat di jengah-jelajah. Harus beg dia orang melembung penuh dengan barang tangkapan beli belah kalau saya sempat bawa mereka ke tempat-tempat lain. Haha..datang lagi lah korang. Bawa beg spare lebih sikit. :)

Najah dan Nadhirah yang paling bahagia sebab ramai yang melayan kerenah mereka. Celik-celik mata dah tanya pasal kakak-kakak. Sempat buat sate, di malam terakhir dia org di Manchester, setelah penat meronda di university, ke muzium dan bershopping di area Picadilly Garden dan China Town. Sebelah pagi ke Trafford Center, bergambar-gambar sakan sebelum aktiviti petang.

Ini, di hadapan bangunan antik Withworth Hall, University of Manchester,

dan di muzium dengan Encik dina-sour,

juga di Trafford Center - syurga shopping Manchester,
lagi di jejambat universiti, tempat saya berulang alik,
dan di Picadilly garden, Manchester,
sebelum ke China Town, Manchester.
Ini pula di malam sate-sate itu dibakar,

oleh AJK-AJK sate yang komited dengan tugas membakar. Ada pula terselit di situ salah seorang pihak penganjur 'Malam sate Manchester',
dan akhirnya bergambar dengan Cik Husna dan semua penganjur. Penganjur kecil sudah jadi Miss grumpy sebab sudah mengantuk.
Diucapkan selamat meneruskan perjuangan buat adik-adik tamu kami dari Mesir. Terima kasih bertandang ke sini. Mohon maaf atas kekurangan. Moga ketemu lagi, moga kita semua jadi doktor di satu hari nanti. Ya, di suatu hari yang membahagiakan itu. Saya suka!

Comments

HUSNA said…
Senduk maksu ada lagi x?Ntah2 huda dah curi..heheh..konon2 nk anak pmpuan cik Huda kite...
Akmar Emran said…
Hihihi..kelakar lah Huda ni. Tak perasanlah ada lagi ke tak..tapi ni yg empunya senduk dah tau tak jadik la..:)
iek@fz said…
haha..

ada kat bilik saya ni senduknya..:P

thanx alot maksu n fam..
rindu!
rindu da gurlz..
Akmar Emran said…
rindu kamu juga Ika, and all. :)
Akmar Emran said…
Hi Evi, salam ziarah juga :)

Popular Posts