Paolo oh Paolo

Dah puas saya cuba betulkan error pada kod Java saya. Seingat saya small project yg saya buat pada tahun pertama melibatkan DNA data mmg berjaya. Tapi kenapa tidak sekarang? Kalau boleh sblm meeting dgn Paolo saya ingin selesaikan semuanya. Saya memilih utk tidak terlalu bergantung pada dia. Sejak awal dia mmg agak kurang selesa kalau saya asyik bertanya itu dan ini, perlu cari jalan sendiri, sebelum buat kesimpulan yg tiadanya jalan penyelesai. Sudahlah, saya pun tak mahu dengar sumpah seranah dia. Pekakkan telinga, tebalkan muka. Lalu hari ini saya terpaksa katakan pada dia yg saya masih ada masalah dgn program Java saya (yg menggunakan model dia yg agung itu!). Bila saya jelaskan bahagian yg bermasalah itu, dia dgn selambanya mengatakan yg kod itu sudah lama corrupt. Dan sudah ada byk perubahan yg dibuat oleh research group dia.
Ya rabbi, kenapalah tak beritahu saya dari awal? Saya sudah laburkan masa yg banyak utk perbaiki kod itu. Sudahlah rasa tertipu begitu, dia sarankan kalau saya ingin, saya boleh betulkan kod tersebut sendiri, tapi dia rasa yg saya bukanlah org yg sesuai utk kerja perbaiki kod yg kompleks itu. Sabarlah sajalah. Bukan salah dia ingin memandang rendah pada saya. Sekurang-kurangnya byk sudah yg saya telah pelajari dari dia. Ada org punyai cerita yg lebih haru dari saya, bila bercakap ttg supervisor. Saya perlu bersyukur dan selesaikan apa yg perlu. Masih ada byk ruang utk saya terokai, selagi ada waktu!

Comments

AyinEmran said…
tajuk macam ada kisah romantik dengan lelaki itali. kalau tak kenal paolo la. haha.

yes, keep on going. agaknya dia nak tgk kak long melawan sket kot. sabajela tanak bitau dah corrupt. penatkan org je.
Akmar Emran said…
hihi..romantiklah nyer. Thanks mak lang.

Popular Posts