Kapal layar yang satu ini
Hari ini saya ke office, setelah 2 minggu tak menjejak kaki ke Uni. dan terus hadiri satu bengkel anjuran jabatan. 2 minggu adalah lebih kurang separuh sebulan, utk tempoh itu saya bersendiri dgn kerja saya, di mana ianya adalah satu jangka masa yg agak panjang. Apa yang merisaukan adalah kedua-dua penyelia saya bagaikan menghilangkan diri. Kenapa saya kata begitu sbb, emel saya pada kedua-dua mereka tidak dijawap, hatta Paolo yg selalunya membalas dgn pantas pun tidak berbuat demikian. Dan Suzanne mungkin belum bersedia utk kembali ke kancah perbincangan kajian kami yg agak berserabut-serabai ketika ini. Lalu saya telah membuat andaian bukan-bukan seperti :
1) Paolo mungkin terkena swine flu setelah kembali dari U.S dan dia sdg dikuarantinkan, jadi tiada akses utk emel.
2) Paolo dan Suzanne bersepakat utk membiarkan saya menjadi independent supaya saya dapat belajar berdikari.
3) Paolo telah hilang minat dgn kajian saya setelah saya bangkitkan ttg isu keputusan kajian yg bagi saya akan mengundang kontroversi.
4) Emel saya tidak sampai pada mereka.
Kerana tiada maklum balas, jadi saya menjadi seperti sebuah kapal layar, yg agak terumbang-ambing dipukul ombak. Pagi tadi saya menjadi tiba-tiba cemas apabila menerima emel dari Paolo (bukan kepada saya) kepada research group kami mengenai satu bengkel yg diadakan di univ. Ini bermakna andaian no. 1 saya itu salah. Jadi dia sihat walafiat, tapi telah mengabaikan emel saya tanpa sebab yg jelas. Lalu saya ambil langkah utk mengemel beliau sekali lagi menggunakan akaun emel yg lain, utk bertanya kabar dan menyatakan kemungkinan utk perbincangan seterusnya. Syukur dia menjawap dan menyatakan terlalu sibuk pd 2 minggu lepas dan berjanji utk teruskan perbincangan pd minggu ini. Dan kini baru terasa sedikit lega. Namun kapal layar yg satu ini masih belum pasti arah yang ingin dituju selagi ada kabus tebal dikelilingnya.

Comments
tapi cubaan kedua kak long email balik tu sgt bagus. boleh jadi pengajaran tu.
thanks.
jgn jadik mcm ain dah. lecturer lari gi corporate company. huhu.
kirim salam kat anak buah dorang tu dgn abg anas.