Sweet moments




Hari ni ada sedikit kelegaan, setelah selesai eksperimen lanjutan saya. Alhamdulillah, sebelum pukul 12 tgh hari tadi saya emelkan Paolo keputusan eksperimen, bersama penilaian saya pada graf yg terhasil. Juga hari ini saya di rumah kerana hari Jumaat, perlulah bagi laluan pada en. abg utk menunaikan kewajipannya. Untuk menghilangkan pening-pening lalat, berikut adalah antara perkara-perkara yg telah saya lakukan hari ini:
  • download Picasa utk komputer Mac saya. Lepas ni mudah lah saya lakukan suntingan gambar. Laptop lama saya bagaikan dah nyawa-nyawa ikan. Rupa-rupanya gambar-gambar dah mencecah lebih 2000 keping dalam kamera.
  • explore Picasa (dah lama saya nak buat ni) dan terhasillah picture collage pertama saya, seperti di atas. Alangkah mudah, tak sampai 5 minit dah boleh buat.
Oh ya, gambar diatas adalah antara gambar favourite saya. Ayah selalunya malu-malu bila diminta bergambar dgn mak. Malu-malu tapi mahu juga kan?

Ni gambar campur-campur ketika di Heaton Park, Llanberis (wales) dan padang Cardinal (Manchester). Mula di Snowdonia, baru saya perasan Nadhirah dah jadi minah bunga. Tgk sajalah gambar-gambar kat bawah ni.


Last but not least, gambar-gambar ketika kunjungan Najah, Nadhirah dan Irfan ke Eureka, UK's National Children Museum di Yorkshire. Masa ni (rasanya tahun lepas, punyalah berzaman) ibu dan Auntie Lynn tak dapat ikut serta. Hanya rombongan bapa-bapa mithali dan anak-anak saja.

Comments

HUSNA said…
Nadhirah sangat comel ;p
dya said…
hehe..klakanye nadhirah jd minah bunga..geram tgk gamba dak nadh cium bunga dgn asyiknye..
AyinEmran said…
comel sangat.

picasa senang eh? try photoscape. pun senang jugak.

kak long dah brainwash dak najah dgn nadhirah minat bunga. mana tak nya. hehe. takpe bagus bagus.
Akmar Emran said…
Ain & Dya, jgn salahkn alg sorang. Mak pun ade peranan yer. Dya, Nadhirah tu suka berlakon lah.

Popular Posts