Sampai berjumpa lagi...
Ini dua pupu saya, namanya Nurul juga. Jangan cari persamaan dari segi rupa, sbb saya jauh lebih tembam. Kebetulan dia berkahwin dgn abg kepada Dr. Din yang menetap di Manchester ni. Begitulah kesan teknologi yg mempertemukan kami di alam siber, setelah bertahun-tahun tak bersua. Kami menuntut di sekolah menengah yg sama, di Melaka. Cepatnya masa berlalu, sedar-sedar dia dah ada 4 org anak, lebih dua aje dari saya. Rasanya baru semalam aje kita org sama-sama nangis dalam locker masa kat asrama sbb homesick punya pasal. Eh of course lah nangis dalam locker masing-masing. Takkanlah saya teruk sgt nak nangis sama-sama dalam locker dia. Kalau diingatkan, azab juga sekolah kat atas bukit tu, especially masa Melaka kemarau tahun 1992. Sayalah antara budak form 1 yang malang yg kena ragging dengan senior, kena angkatkan air utk dia org sampai ke tingkat 4. Rasa mcm nak simbah ajer muka kakak tu dgn air (nampak tak kemarahan saya di sini?). Tapi byk juga kenangan manis saya kat sekolah tu, sblm saya berpindah ke asrama penuh di Muar yg menyebbkan saya dapat kejutan budaya yg lebih hebat. Sekurang-kuran gnya sekolah atas bukit itu menyediakan suasana keislaman, yg selalu buat hati saya tenang. Ops, jom jgn melalut dari topik asal.
Kalau tgk, dua pupu saya tu tak banyak berubah, masih maintain slim gitu. Saya aje yg dah ade pertambahan lemak di sana sini. :) Dengan izin Allah dapat dia dan keluarganya menjejakkan kaki ke rumah kami pada hari Ahad lepas. Namun kunjungannya hanya sebentar kerana perlu pulang ke tanah air keesokkan harinya.

Ini gambar anak-anak kami, dan juga Dr. Fiza. Pada hari tersebut buat pertama kalinya saya cuba menghidang nasi tomato, daging masak rempah, air asam tomato dan juga Tiramisu. Minta maaflah yer Nurul kalau tak sedap. Tak pasal-pasal korang jadi first eksperimen saya! Terima kasih pada kak Lynn utk resepi nasi dan Tiramisu. Selalunya kak Lynn lah jadi penyelamat saya. Beginilah rupanya Tiramisu yg sebenarnya saya dah ter'modified' resepinya sbb kekurangan bahan. Suka hati saya aje nak tukar bahan yer!
Sebelum pulang, jom bergambar ramai-ramai. Sehingga ketemu lagi!

Comments
dah sampai pun kak nurul umah kak long. dah dpt tgk dah gamba kak long yg dalam berita harian tu?