Musim panas yang indah

Bila masuk Jun, barulah matahari yang saya rindui betul-betul dapat memancar. Nikmatnya, buat saya rindu pada tanah air! Bila masuk musim ini, waktu siang adalah panjang, dgn waktu malam yg singkat. Ini gambar-gambar permintaan mak, yang tak sempat nak tgk bunga-bunga di hadapan rumah saya berkembang sebelum pulang. Sebenarnya, selain pokok ros merah tu, saya tak pernah sangka pokok-pokok yg seakan rumput liar itu rupanya pokok bunga. Nasib baik saya bermurah hati biarkan saja dia hidup di situ (selain saya tak punya masa nak mengemas halaman!) Yelah kan, masa kami berpindah ke Woodlands Road Disember lepas tak ada satu pun pokok yg berbunga.





Comments

helmy emran said…
lawa..... mesti mak suka. pastu nak amek gamba sebelah bunga2 tu. haha.

Mesin trimmer tu kitorang da pakai. bes sgt. cepat lebih 4 kali ganda berbanding gunting pokok. thanks a lot.

mesin rumput emy tak sempat tengok hasilnya. next time balik boleh test.
AyinEmran said…
banyak nya bunga. takpayah susah2 tanam. nadhirah minah bunga mesti suka. hehe.
Akmar Emran said…
Mi, itu tak masuk gambar kat belakang rumah lagi. Mak mesti geram. Oh trimmer tu fantastic yer. Nnti along beli lagi.

Ain, mmg tuan rumah dah tanam byk rupanya. Nadhirah asyik nak petik aje.
emak said…
emak dah lame tunggu bunga ni keluar....kalu ade duri pon mak sanggup peluk yang tak tahan bunga purple2 tu. bagi la nadhirah petik sume bunga tu sblum bunga tu layu..petik bunga dan bawa masuk dlm rumah dan susun dlam pasu letak atas meja..(buat la gubahan)...kalu ade umor mak nak pegi lagi time mcm ni tahun depan...bleh x nurul?dah la...salam pelok cium dari mak pada sume...bunga tu wangi x?
Akmar Emran said…
hihi kelakar lah mak ni.Kalau dah bg lampu hijau kat adik nnti bila2 nampak bunga nak petik, pastu taburkan dalam rumah. Bunga purple tu ade byk lebah, tapi tak wangi pun. Apa pulaknya tak leh dtg lagi, kta org doakan mak ngan ayah sihat2, supaya buleh jln2 lagi. Ni mak yg taip ke? Dah terror dah ni.

Popular Posts