Pemberian dan Kisah Cinta

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memanjangkan usia ini dan juga usia mak bagi meraikan hari kelahiran saya yang ke 39. Terlalu banyak nikmat yang telah dikecapi dan dengan itu saya harus bersyukur dan menyedari bahawa kesemua rasa bahagia, derita, adalah pinjamanNya sementara. Selagi pinjaman masih ada, maka, sebagai hambaNya, kita perlu memanfaatkan pemberianNya sebaik-baiknya, dan berusaha memperbaiki diri, dan memecahkan kebatilan yang ada dalam diri kita dan disekeliling kita.

Pada usia ini, saya masih lagi rasa kekurangan dari segi ilmu, amal dan bakti. Walaupun tahu bahagia itu akan datang dengan memberi (bukan menerima), saya mengakui, untuk mendidik hati dengan sifat pemberi yang sebenar-benarnya ikhlas amatlah susah. Walau bagaimana pun ianya tidak mustahil unutuk dilakukan, dan saya berazam untuk memulakan kitaran bahagia ini dari dalam diri saya, dan keluarga dahulu, sebelum menyebarkan kepada masyarakat. "I wish I can give more, than I am willing to give". Dan saya tahu saya boleh melakukannya. Kita semua boleh melakukannya.




18 September 2017, bermakna juga sudah genap hari ke 18 saya menjalani cuti sabatikal. Walau pun tidak pernah menyangka dengan peluang yang diberi ini, namun inilah tanggungjawab yang saya harus terima dan laksanakan sebaiknya. Peluang untuk "recompose myself" and reformulate my career direction must be done during this period. It is not about writing a book only (as they expect ;))

Modal yang paling berharga di dunia ini adalah MASA yang dipinjamkanNya. Azam saya agar saya dapat manfaatkan masa (di dalam family kecil) untuk:

1) Belajar, belajar dan belajar (through reading)
2) Anak-anak dan suami (ulangkaji, bonding-time, reflection)
3) Weight and health management
4) Hobby (gardening, cooking, knitting, pets)
5) Manage house (cleaning, decor)
6) Hafazan and polish my Quran recitation
7) Part-time earnings

Semoga, segala usaha saya diberkati dalam mencapai 7 perkara ini. Ameen.

Stop being attached with His gifts as these are the tests that should lead you closer to the Giver.


Lets subscribe with this LOVE story concept of life, and we shall all feel content with what is given to us. Ameen.




Comments

Popular Posts