Cerita-ceriti di musim panas

Salam musim panas buat semua. Kehidupan di Manchester seperti biasa saja kebelakangan ini. Biasa dengan tugasan, cuti sekolah anak, jika tidak ber-car-bootan di hujung minggu, masa akan diisi dgn membersih sawang dan habuk di rumah dan aktiviti mendobi. Juga curi-curi menulis bila ada waktu sempurna.

Setelah hampir 3 minggu bertandang ke Paris, terus ke Legoland Windsor, Surrey dan Salisbury (melawat batu Stonehenge) saya langsung tiada kesempatan mencatat cerita percutian kami. Namun kenangan manis akan kekal terpahat di ingatan. Ini, sedikit gambar-gambar kenangan ketika bercuti.

Di ladang bunga rape seed, bunga yang boleh dibuat minyak.

Disneyland Paris with Minnie.

di hadapan Eiffel Tower, Paris.

ke Legoland, Windsor sekembali ke England.

Juga ke Stonehenge, Salisbury.

Terus seminggu selepas bercuti, dapat berita ttg kesihatan ayah yang agak membimbangkan, namun menurut emak ayah semakin sihat dan sudah ada selera makan. Alhamdulillah, syukur. Moga Allah beri kekuatan juga pada emak yang sentiasa setia di sisi ayah ketika ini.

Diri ini terus mengharap agar segala perancangan kerja kan terlaksana dengan jayanya, moga Allah permudahkan kami hadapi apa juga dugaan dan cabaran, terus-terus berdoa muga dimurahkan rezeki dan kekuatan dan kesempatan menimba sebayak ilmu di perantauan.

Masih jauh atau dekat lagi perjalanan ke destinasi hanya Allah yang menentukan, kita hanya mampu berusaha buat yang terbaik, dan cubalah jangan merungut dengan dugaan yang datang atas pilihan kita sendiri. Bak kata pepatah orang tua, 'Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.' Bak kata pepatah suka-hati saya, 'Janganlah cari susah, kalau tak tahan susah. Namun, kalau tak boleh tahan susah jugak, ubahlah persepsi tentang kesusahan itu'. Sekian coretan waktu terluang saya. Moga anda tak susah-susah cari susah. Mohon maaf kalau pepatah suka-hati saya menyusahkan hidup anda.

Apa-apa pun saya telah memilih untuk mencari susah, maka saya haruslah belajar menikmatinya. Ayuh! segeralah kayuh ke seberang sana!

Comments

Popular Posts