Sila beringat
Sila beringat wahai diri bahawa perancangan kerja sudah ada perubahan, dan bakal ada perubahan lagi kerana tiba-tiba Pn. Suzanne merasa ragu-ragu tentang hasil eksperimen saya yang mungkin belum cukup mantap. Minggu ini saya perlu lekas-lekas sediakan bab solution dan hantar kepada encik proof-reader supaya minggu hadapan boleh menjadi tatapan En. Paolo dan Pn. Suzanne, kemudian ada perjumpaan khas untuk memutuskan samada saya perlu lakukan eksperimen tambahan atau tidak. Aish..saya tiba-tiba jadi cemas, kerana saya rasa ada kemungkinan utk tambah data eksperimen setelah menyedari ada sedikit kesilapan pada metodologi lepas. Parahkah itu? Jadi superlady adalah perlu di saat-saat ini.
Salah sendiri kerana sudah memandang rendah pada bahan-bahan yang saya telah ada kerana rupa-rupanya membina algoritma bagi metod adalah begitu memeningkan dan memakan masa! Nasib baik saya telah lakukan implementasi pada algoritma dan nampaknya macam menjadi. Syukur! Tekak pula tetiba-tiba meragam sakit dan saya mula dapat selsema cair dengan pening kepala pula meneman sekali. Ya Allah jauhkan lah aku dari sebarang penyakit dan pulihkan daku, dari segala penyakit.

Comments