Dah bulan Februari

Tengok, cepat betul masa berlalu. Saya yang masih terkedek-kedek menulis. Esok masa untuk mesyuarat hari Jumaat sudah terjadual. Siap kan saja lidah dan otak sebagai senjata. Minggu lepas saya selamat, sebab Pn Suzanne tiba-tiba sms pukul 12.30 malam batalkan mesyuarat. Minggu sebelumnya dia mengadu pada saya yang dia rasa macam dah jadik 'zombie' sebab tak cukup tidur anaknya meragam tengah malam. Entah anak nya meragam atau partnernya yang meragam saya pun tak tahu. Tapi teruk sangat saya tengok keadaan dia semenjak ada anak ni. Kesian pun ada. Nak buat macam mana dah ditakdirkan Allah dia dapat baby masa sedang menyelia saya. Mungkin lepas ni dia lebih faham orang yang ada komitmen keluarga. Allah maha tahu!

Bab pertama tesis yang dihantar masih belum ada bayang sampai sekarang. Ketika mesyuarat di rumahnya 2 minggu lepas sempat saya terjeling pada laporan yang saya hantar pada bulan 11 tahun lepas di atas meja kecil dekat dengan tempat saya duduk. Kelihatan masih suci lagi lembaran depannya, seolah-olah belum diteroka lagi. Tak apalah, biarlah saya berikan dia masa. Tiada guna pun buat dia terkocoh-kocoh menyemak, kalau tiada kualiti dalam semakan.

Sejak masuk fasa menulis dan adik mula bersekolah ni saya banyak buat kerja kat rumah saja. Bukannya nak berjimat sangat duit tambang tram tapi saya rasa saya lebih banyak buang masa dan tenaga saya untuk commute dari rumah ke sekolah. Tambah lagi di musim sejuk macam ni, lagi lah semangat saya terbantut untuk keluar ke sekolah. Tapi saya kena pastikan apa yang dirancang terlaksana. Kalau tidak, tiada maknanya buat kerja di rumah.

Minggu depan anak buah saya (sebelah Baling) akan menziarah kami, bersama kawan-kawannya. Belum ada menu spesifik untuk masak. Sekarang ni dalam kepala penuh menu untuk fasa analisa yang bakal ditulis dipertengahan Februari. Saya harus bergerak pantas, walau pun kadang-kadang saya baru tersedar yang saya hanya berlari setempat. Penat juga walau pun belari setempat. Kalau tak caya cuba buat.

Perlu kumpul kekuatan untuk esok. Moga lancar semuanya, moga esok adalah hari yang lebih produktif untuk saya dan anda.

Comments

AyinEmran said…
Kadang-kadang kena push sket SV la kak long supaya dia tahu kita serius nak cepat tahu draft kena betulkan ke tak. Kdg2 rasa mcm pushy, tapi perlu. Drpd dia kena cek dah byk bab nanti lagi laaa lambat.

dah dpt kontek abg fir? email subject kena catchy, nanti takut dia terdelete emel kak long. heh.

ok all the best!
HUSNA said…
maksu..nnti kte jpa ye..thanx alot!
Akmar Emran said…
Ain-Paolo pun dah tolong jadi pushy tapi tak jalan gak. Takper, kalau janji part yg draft dah siap kan. Lom contact abg fir lagi, sbb nak knea fikir betul2 apa yg nak ditanya nnti buang masa dia lak. Tgh cuba belajar dari literature dulu. Eee boring lah buat pasal microbes ni!
Husna- selamat dtg ke Manchester! Take care.
ritahani said…
salam qmar...

terjumpa dari link shue....:P
akupunyahal said…
Hey Nurul.. thanks for jenguk my blog... nampaknya kita sekapal ye... nak siapkan first draft pun masih terkial2...

tapi pengalaman saya awal2 dulu perit jugak.. supervisor saya bermasalah sehingga tukar spervisor... jadi 10 bulan saya membuang masa...

kali ni dengan pengalaman dah kena ngan sv.. saya kena jadi lebih authoritative sket dengan depa...
Akmar Emran said…
Rita, thanks jengah blog aku..
Zul-ye ke ko tukar sv? Siksakan kalo sv bermasalah. Good luck kat you!

Popular Posts