Salam Maal Hijrah!

Selamat tahun baru, selamat ber'maal' hijrah. Yang pastinya tahun baru Hijriah yang lebih perlu diraikan dari tahun baru Masihi, bagi saya. Kerana ada sejarah Hijrah Rasulullah dari Makkah ke Madinah yang punyai banyak pengajaran di sebaliknya buat pedoman kita. Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai persitiwa hijrah ini, cuma mungkin masih ada yang tidak dapat memahami makna yang tersirat dari persitiwa ini.

Entri kali ini, saya mahu bercerita tentang kisah hijrah Najah ke tahun keenam usianya. Mungkin neneknya sudah tertunggu-tunggu entri ini, maka dengan ruang waktu yang ada, saya baru berkesempatan untuk membuat catatan di blog. Minta maaf yer nenek najah..:)

Ada persediaan membuat kek pada malam sebelum majlisnya. Mulanya saya bercadang untuk membeli saja kek di kedai, tetapi dapat ilham di saat akhir untuk membuat kek buah, setelah terinspirasi dari blog Yana, kawan saya yang hebat mengurus rumahtangga dan telah pun berjaya mendapatkan gelaran doktor falsafahnya baru-baru ini. Bravo Yana! Oh ya, tugasan membuat kek telah mendapat sedikit campur tangan budak-budak perempuan seperti di dalam gambar. Tapi jangan risau saya telah pastikan tangan mereka dibasuh bersih dengan sabun anti bakteria, dan tiada unsur mukus basah atau kering yang terpercik ke dalam kek itu.

Bukannya apa, saya ada mak sedara yang selalu declare tak mahu makan kuih buatan orang yang beranak kecil disebabkan isu kebersihanlah. Kalau dia terbaca blog saya ni sekurang-kurangnya dia tahu yang saya ada kaedah kawalan kualiti dalam pembuatan kek, bagi pihak orang-orang beranak kecil yang buat kawalan kualiti lah. Bagi yang tidak minta maaf, terkecualilah yer.


Hasilnya, ada dua biji kek buah, dan dapat sumbangan kek coklat dan cup cakes dari Kak Sabariah (terima kasih banyak kak!). Teringat lagi majlis hari jadi Nadhirah yang lepas, bila saya kelam kabut nak buat krim kek di saat akhir yang tak menjadi, tapi nasib baik ada Mak Teh dan Kak Lin jadi penyelamat dengan topping coklatnya. Kali ni alhamdulillah krim kek saya menjadi..hah..hah macam tak percaya jer.


Majlis kali special juga sbb ada Uncle Haji untuk bacakan doa selamat :). Terima kasih Haji.
Ibu, abah dan adik doakan moga Najah diberi keberkatan umur, murah rezeki, jadi anak solehah dan semakin bijak. Moga penyakit mengada-ngada dan manja tak bertempat tu berkurenglah sikit yer. hihi..ikut sapelah perangai tu..

Sesi buka hadiah. Terima kasih pada tetamu yang hadir dan sumbangan hadiah. Pada yang tak terjemput tu jangan kecik hati lah yer, maklumlah budget ciput jer ni. Niat di hatiku mmg nak jemput sumer org Manchester...
Ini gambar budak perempuan yang turut bergembira dengan hadiah-hadiah kakaknya.

Syukur semuanya berjalan lancar, moga Allah berikan kami kesempatan untuk masa-masa yang akan datang untuk merai pertambahan usia, harapnya seiring dengan pertambahan kematangan dan amalan sebelum sampainya masa kita dijemputNya.

Moga berjumpa di bicara lain. Raikan tahun baru anda dengan riang, moga ada azam baru yang sememangnya baru. Jika tiada, kotakanlah azam-azam yang lama. Azamlah apa pun asalkan yang baik-baik, yang bermanfaat, untuk diri, keluarga dan agama.

Comments

AyinEmran said…
congrats kak long, dpt buat kek from scratch. bila dah tau rupanya doable je kan sbenanya. heh. pasni takya beli dah, buat je, ramai assistant plak tu.

dak najah byk dpt hadiah? bestnya. adik dia tak segan plak mcm aritu befday dia. hehe.
helmyemran said…
selamat tahun baru k long n family. nampak mcm najah & nadhira bole harap je tolong k long kat dapo.

aa..happy birthday to najah. moga sihat2 selalu dan rajin belajar.
Akmar Emran said…
Thanks mak lang ang pak ngah. InsyaAllah boleh buat kek lagi kalo sempat, hihi..budak2 tu mmg excited kalo nak but kuih. Sampai merajuk2 kalo tak dpt turn nak mix.
Unknown said…
thanks for invitation..mcm nmpk jugakla wajah anak2ku dlm gambar najah buak hadiah tu...syabas k.nurul!!!..sedap kek buah tu...nnt nak cuba la..kak yana tu kwn kak yan jugak kan????
Nowwa said…
Salam Qma..
Wah credit to Yana...mmg panjang ilmu kek dia tu..dari Shue ni dah berjangkit kat ko plak..
Mmm..dah besar dah Najah..dulu jumpa kecik je masa wedding kitaorang kan..
Okla..peluk cium untuk Najah..& u girl..semoga tebah menghadapi cabaran PhD.Mmmm...all the best!
P.S..ari tu aku gi tengok Teater Natrah..mcm nampak adik ko bawah Ayin tu..sapa?Diya eh?Tak salah aku la..sah2 aku selalu baca blog kau & Ayin..muka korang tu memang lekat kat kepala la..hahahha
pidit said…
hihi.silap la makteh ckp najah dah 7 thn.sbb dah skola tu yg igt dah 7 thn..hepi 6th besday Najah!
Akmar Emran said…
Intan, cubalah buat kek tu, lain dari g lain.
Nora, thanks a lot dear.Itulah PhD PhD jugak, besday anak kena celebrate. Teater Natrah? Aku tak rasa h adik beradik aku tgk teater tp nnti aku tanyakan ek. Thanks for visiting our blog dear. Miss you so much la.
Mak Teh, thank you2. :) Kejap je kan masa berlalu.
Anonymous said…
hehehehe..aku baru ada peluang nak berblog balik and of course melawat kawan2. bravo qma! senang kan sebenarnya buat kek tu:-)
Akmar Emran said…
Yana terima kasih lah utk resepi kek tu. Kalau tak cuba tak tau lak senang kan?

Popular Posts