Cerita Raya
Agak lama blog ini terbiar, tapi harapnya tidak terabai, disebabkan kesuntukan masa sang penulis untuk berbicara di alam maya. Harapnya tidak terlewat untuk mengucapkan salam Aidiladha buat semua yang berada di tanahair mahu pun di mana ceruk rantau pun anda berada. Raya di Manchester tidak pernah sunyi kerana ramainya orang-orang Melayu di bumi Manchester ini terutamanya di kampung Cheetham Hill. Tahun ini kami berkesempatan berkongsi jamuan raya bersama 9 keluarga yang lain di Waterloo center Manchester. Pastinya meninggalkan kenangan manis buat semua terutama yang bakal pulang ke Malaya. Lebih-lebih lagi majlis kami mendapat liputan oleh wartawan RTM dan disiarkan di ruangan Peristiwa TV 1.
Selesai dengan keseronokan dan kepenatan beraya, saya perlu kembali ke dunia pelajar-surirumah saya, Najah dan Nadhirah perlu kembali ke sekolah, dan Cik abang dengan rutin kerja dan mengasuh. Cuaca yang sejuk menyebabkan aktiviti bertumpu di dalam rumah, ada pun ke Car-boot di hujung minggu sebagai hiburan mingguan. Ramai yang mula bercuti di sana sini sempena cuti panjang Christmas, namun kami tiada lagi perancangan spesifik untuk bercuti dalam masa terdekat.
Moga berjumpa di bicara yang lain. Harap anda bahagia selalu.

Comments