Di penghujung tahun

Saya baru selesai mengadap penyelia-penyelia saya. Hari ini lebih banyak maklum balas yang saya terima untuk kerja analisa saya. Banyak yang perlu diperbaiki, dan diperincikan supaya hasil kerja lebih kemas dan sistematik. Pencapaian pertama, saya sudah berjaya menulis Bab pertama tesis, dah sudah di semak oleh encik Proof-reader. Mahu buat -buat rasa lega tetapi saya tahu, saya tidak akan terlepas dari sebarang pembetulan, lebih-lebih lagi, ianya perlu di komen oleh dua orang penyelia. Perlu bersyukur, punyai penyelia yang amat cerewet, perlu betulkan itu dan ini, yang boleh perasan walau pun saya tertinggah satu nokhtah atau pun koma, atau pun rajah saya sedikit senget atau terlebih garisan, sebab saya ada orang yang mahu peduli tentang kualiti kerja saya. Proses pembelajaran ini masih jauh lagi, walau pun saya sedar yang kini saya sudah di penghujung tahun. Penghujung tahun 2009. Walau pun gembira dengan kedatangan tahun baru, sebenarnya saya cemas selagi perancangan-perancangan saya untuk tahun ini belum tercapai.

Sedar-sedar esok, sudah masuk 3 kali Najah menyambut hari lahirnya di sini. Sungguh masa begitu pantas berlalu, saya hanya dapat berharap supaya dapat berlari seiring dengan masa. salah satu perkara yang saya pelajari selama ini, ialah kita tidak boleh berharap untuk bekerja dalam kesempurnaan. Jika tidak, kita tidak akan bergerak ke mana-mana pun. Mungkin kita sudah terbiasa dengan kehidupan sebelum berkeluarga bila kita selalu ada masa yang sempurna untuk berfikir atau mengulangkaji, mahu pun untuk bersantai. Bila sudah ada tangggungjawab keluarga, perlu adanya adaptasi kepada perubahan-perubahan. Ya, proses adaptasi itu tidaklah semudah yang disangka. Ianya memakan masa, yang mungkin bertahun-tahun lamanya.Namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Jadi jika kita gagal untuk mengadaptasi, janganlah terus menghukum diri, kerana kita hanyalah manusia biasa. Berilah diri peluang untuk menjadi serasi dengan dunia yang mencabar itu.

Saya selalu kagum dengan wanita-wanita berkerjaya yang sangat cekap mengurus hidup dan kerjaya. Tapi saya lebih kagum pada wanita-wanita surirumah yang bertahun-tahun sabar mengurus keluarga. Pasti pada yang berkerjaya, adanya masa untuk keluar dari dunia kekeluargaan dan tugasan keluarga mungkin dibantu oleh sang suami. Tapi pada yang menjadi suri sepenuh masa, tanggungjawab itu 100% diletak di bahu sang ibu. Bayangkanlah, kalau perkara kecil seperti 'nak masa apa hari ini?' pun boleh menjadi perkara yg memeningkan, jika kita perlu berfikir seorang untuk itu, belum lagi dgn urusan pakaian, kebersihan tandas dan rumah, haiwan perosak spt tikus, anai-anai dan sebagainya. Patutlah Allah menganugerahkan pahala yang banyak pada suami-suami yang membahagiakan isterinya, bapa yg membahagiakan anak2 perempuan, anak-anak yg membahagiakan ibunya. Dan saya sangat bersyukur punyai ibu yang sangat mengambil berat pada saya meski pun saya sudah berkeluarga. Terima kasih emak! We love you so much.

Sampai bicara lain, moga penghujung tahun anda memberi makna dalam hidup.

Comments

pidit said…
k long kena kagum ngan diri sendiri sbb mampu blaja n layan anak2 yg comel dua org tu..:)bukan sng tu..

happy birthday to najah..cepatnye dah 7 thn..nxt year celebrate birthday kat mesia ek.
Akmar Emran said…
Mak teh, along pun tgh struggle nih. Thank you, thank you. Najah masuk 6 thn la. InsyaAllah, nak celebrate kat Msia next year.
AyinEmran said…
Betul betul. Bukan semua orang mampu buat phd dgn ada anak 2 org sume. Bukan senang. Buat msc pun belum tentu.

happy birthday najah, dapat tak kad dari mak lang? buat cupcakes, nanti ambik gamba eh suh abah ambik. (wah kemain request). hehe.

Popular Posts