Najah sudah genap 7 tahun
Cerita 1: 12-Disember-2010
12 December 2010, Najah genap tujuh tahun umurnya. Bermakna sudah 7 tahun Allah memberi saya peluang untuk membesar, mendidik amanahNya ini, dan semoga Allah berikan saya peluang untuk tahun-tahun yang akan datang untuk melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin. Syukur saya kepadaNya Najah sihat walafiat, cergas dan bijak, energetic dan kritis orangnya, juga sensitif dan cepat cemburu (pada adiknya).
Tahun ini permintaan khas darinya untuk buat sambutan hari lahir di sekolah. Jadi oleh kerana hari lahirnya jatuh pada hari Ahad maka di sebelah pagi saya buatkan cup cakes untuknya, dan untuk agenda esoknya saya berjanji untuk buatkan kek sebelah malam. Tengah hari abah belanja makan di Thai banana.
Senyum dapat makan aiskrim masa winter!

Favourite food Najah- fish tempura.

Adik suka dapat tumpang sekaki.

Ibu suka tak perlu masak tghari :) Terima kasih daun keladi Abah. Hari ini hidup saya rasa begitu tersusun dan teratur. Walau pun hari sebelumnya sibuk bantu Encik suami dengan persediaan jualan roti canai di rumah. Hari ini segala periuk belanga sudah siap dibasuh, baju-baju siap disidai walaupun saya belum tahu bila saya boleh mula kerja melipat/menyusun baju. Sebelah malam sempat betulkan 2 perenggan Bab 5, makan rojak petis sambil buat butter-cheese kek, siapkan icing, dan tengok X-factor dgn Kak L, sambil gosip-gosip. Cheh..sebelum tidur sempat bacakan 2 cerita pendek untuk budak dua org, kemudian cuba sambung menulis tapi mata saya tidak boleh bertahan lama, tangan pula sudah kebas kesejukan, jadi tepat 11.45 mlm saya sudah tarik selimut.
Cerita 2: 13-Disember-2010
Mari saya ceritakan kisah hari ini. Hari ini saya bangun bersemangat, tidak tahu kenapa. Selepas jerang nasi untuk buat nasi goreng, saya kejutkan budak berdua untuk bangun. Liat yang amat pulak nak bangun budak-budak tu. Sejuk pun ye lah jugak, brave the cold girls! Setelah hantar budak-budak ke sekolah saya singgah ke pejabat pos utk ambil parcel. Tak kesampaian hajat saya sbb kad student yg saya bagi utk pengesahan tak diterima. Kad bank saya pula tertinggal di rumah. Adus, hampa betul saya. Lepas singgah kedai utk beli telur, sampai depan rumah abg suruh saya ambil kad bank dan pergi ke pejabat pos lagi. Saya bergegas masuk rumah dan kami ke pejabat pos kali kedua. Apa yang tidak kena pada hari ini saya pun tak tahu sebab barang yang saya ambil di pejabat pos defected pulak. Sudahlah saya terlupa masukkan voucher masa pembelian, jadi telah bayar pada harga tanpa diskaun. Hampa lagi rasanya. Saya malas nak ambil pusing, jadi saya sambung buat kerja menulis hingga saya tak sedar sudah pukul 2 ptg, dan pukul 3 saya harus ada di sekolah utk birthday party Najah. Saya terus gelabah sebab saya belum masak tgh hari lagi dan kek masih belum disolek dengan icing. Aduh!
Dengan kelam kelibutnya saya goreng ayam, pikirkan menu apa yg hendak dimasak. Terus putuskan utk masak kuah lodeh dan sambal utk buat lontong. Jerang paket nasi impit dan dengan pantas letak icing pada kek. Nasib baik abg tolong potong strawberry utk hiasan kek. Bila jam sudah pukul 2.50 ptg tangan saya sudah terketar-ketar buat tulisan di kek. Disebabkan tangan sudah terketar saya tertumpah hampir separuh botol chocolate rice di tempat yang tidak sepatutnya. Adui..taubat saya tak mahu buat kerja menyolek kek di saat akhir. Macam nak luruh jantung saya! Maka beginilah hasil kek saya dengan tangan terketar itu.
Disebabkan kotak kek yang saya order gagal sampai awal, maka saya terpaksa gunakan kotak pinggan portmeirion saya. Dalam hati saya kata bantai ajelah, asalkan kek saya selamat, tak bersememeh dan tak kena habuk. Jadi dengan penuh cermat saya dan abg masukkan kek yg telah siap itu ke dalam kotak bidan terjun.
Saya sangkakan tiadalah lagi kejadian yg tak diingini berlaku pada hari ini, tapi ketika berkejar nak ke sekolah abg terpaksa tekan break kecemasan disebabkan ada kereta tiba-tiba muncul dari hadapan. Hampir berderai air mata saya bila kotak kek saya tercampak dari tempat duduk, dan bila dibuka kotaknya kek itu bukan saja sudah bersememeh, buah strawberi sudah bersepah sesuka hati. Kepala saya rasa mcam kosong tak boleh berfikir. Bila sampai sekolah saya rasa seperti mahu patah balik ke rumah, tapi abg kata tak pelah, ok lagi kek tu (tapi hati saya kata kek tu dah spoiled lerrr..abg ni nak sedap kan hati saya je kan?).
Jadi inilah rupa kek selepas kejadian. Tulisan nama Najah sudah tak berapa jelas dan buah-buah strawberi dah bersalut dengan icing. Tapi cikgu-cikgu Najah sangat sporting, and appreciative. Terubat jugak hatiku yang lara, lebih-lebih lagi bila tengok Najah senyum tak berhenti. Dan kek comot itu akhirnya habis licin.
Najah dan Miss Ayyub.
Najah dan Mr Ali yang ceria.

Ketika pembahagian goodie bags.

Ketika pembahagian kek.
Hari ini berakhir dengan perasaan suka, puas dan syukur kerana walau pun keadaan sedikit kelam kabut dan tidak sempurna, saya berjaya tunaikan hajat anakanda Najah. Semoga hidupmu bahagia dan membahagiakan orang lain sayang. Amin.
Sekian celoteh panjang saya. Semoga hari anda tidak kelam kelibut seperti hari saya.
12 December 2010, Najah genap tujuh tahun umurnya. Bermakna sudah 7 tahun Allah memberi saya peluang untuk membesar, mendidik amanahNya ini, dan semoga Allah berikan saya peluang untuk tahun-tahun yang akan datang untuk melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin. Syukur saya kepadaNya Najah sihat walafiat, cergas dan bijak, energetic dan kritis orangnya, juga sensitif dan cepat cemburu (pada adiknya).Tahun ini permintaan khas darinya untuk buat sambutan hari lahir di sekolah. Jadi oleh kerana hari lahirnya jatuh pada hari Ahad maka di sebelah pagi saya buatkan cup cakes untuknya, dan untuk agenda esoknya saya berjanji untuk buatkan kek sebelah malam. Tengah hari abah belanja makan di Thai banana.
Senyum dapat makan aiskrim masa winter!
Favourite food Najah- fish tempura.
Adik suka dapat tumpang sekaki.

Ibu suka tak perlu masak tghari :) Terima kasih daun keladi Abah. Hari ini hidup saya rasa begitu tersusun dan teratur. Walau pun hari sebelumnya sibuk bantu Encik suami dengan persediaan jualan roti canai di rumah. Hari ini segala periuk belanga sudah siap dibasuh, baju-baju siap disidai walaupun saya belum tahu bila saya boleh mula kerja melipat/menyusun baju. Sebelah malam sempat betulkan 2 perenggan Bab 5, makan rojak petis sambil buat butter-cheese kek, siapkan icing, dan tengok X-factor dgn Kak L, sambil gosip-gosip. Cheh..sebelum tidur sempat bacakan 2 cerita pendek untuk budak dua org, kemudian cuba sambung menulis tapi mata saya tidak boleh bertahan lama, tangan pula sudah kebas kesejukan, jadi tepat 11.45 mlm saya sudah tarik selimut.
Cerita 2: 13-Disember-2010
Mari saya ceritakan kisah hari ini. Hari ini saya bangun bersemangat, tidak tahu kenapa. Selepas jerang nasi untuk buat nasi goreng, saya kejutkan budak berdua untuk bangun. Liat yang amat pulak nak bangun budak-budak tu. Sejuk pun ye lah jugak, brave the cold girls! Setelah hantar budak-budak ke sekolah saya singgah ke pejabat pos utk ambil parcel. Tak kesampaian hajat saya sbb kad student yg saya bagi utk pengesahan tak diterima. Kad bank saya pula tertinggal di rumah. Adus, hampa betul saya. Lepas singgah kedai utk beli telur, sampai depan rumah abg suruh saya ambil kad bank dan pergi ke pejabat pos lagi. Saya bergegas masuk rumah dan kami ke pejabat pos kali kedua. Apa yang tidak kena pada hari ini saya pun tak tahu sebab barang yang saya ambil di pejabat pos defected pulak. Sudahlah saya terlupa masukkan voucher masa pembelian, jadi telah bayar pada harga tanpa diskaun. Hampa lagi rasanya. Saya malas nak ambil pusing, jadi saya sambung buat kerja menulis hingga saya tak sedar sudah pukul 2 ptg, dan pukul 3 saya harus ada di sekolah utk birthday party Najah. Saya terus gelabah sebab saya belum masak tgh hari lagi dan kek masih belum disolek dengan icing. Aduh!
Dengan kelam kelibutnya saya goreng ayam, pikirkan menu apa yg hendak dimasak. Terus putuskan utk masak kuah lodeh dan sambal utk buat lontong. Jerang paket nasi impit dan dengan pantas letak icing pada kek. Nasib baik abg tolong potong strawberry utk hiasan kek. Bila jam sudah pukul 2.50 ptg tangan saya sudah terketar-ketar buat tulisan di kek. Disebabkan tangan sudah terketar saya tertumpah hampir separuh botol chocolate rice di tempat yang tidak sepatutnya. Adui..taubat saya tak mahu buat kerja menyolek kek di saat akhir. Macam nak luruh jantung saya! Maka beginilah hasil kek saya dengan tangan terketar itu.
Najah dan Miss Ayyub.
Najah dan Mr Ali yang ceria.Ketika pembahagian goodie bags.
Ketika pembahagian kek.
Sekian celoteh panjang saya. Semoga hari anda tidak kelam kelibut seperti hari saya.

Comments
Kadang-kadang masa nak buat yg perfect la, mcm2 jadi. It happens, kan? Takpelah.
Kek buat sendiri lagi bermakna drpd beli, ada additional ingredient, esp dpd ibu sendiri. Hehe. Cantik je, takdelah comot sgt lepas kek tercampak. Hehe.
Semoga membesar dgn sihat, cemerlang dunia akhirat Najah! :)
Ibu rajin2 yea,boleh cepat2 habis PhD..hehhe ;)
Nora-thanks yer. Tgh pulun bagi habis cepat. Tak larat aku lelama cengginih.
haha,klaka la baca cerita 2.mcm2 jadik eh utk puaskan hati Najah.what a great ibu n abah Najah's have.
Happy 7th Birthday my sweet little Najah!
Kita org sumer ok. Thn depan ler gamaknya balik, keje byk lagi :)