Musim luruh ini

Ini musim luruh kali keempat bagi kami. Dan kami masih lagi di Manchester gara-gara saya sudah terlajak masa untuk selesaikan PhD. Walau pun ada kemajuan, tetapi disebabkan proses pembetulan, adaptasi kritikan dan komen, penganalisaan semula dan faktor luaran yg tak dapat dikawal, kemajuan2 tersebut hanyalah dapat dicapai pada kadar yg amatlah perlahan. Aduhai, bila saya boleh terbang?

Rasa cemas, cemburu (dan gembira) pada kawan-kawan yang sudah selesai atau hampir selesai perjuangan, sedangkan saya masih lagi mengharap-harap dapat melangsaikan amanah ini secepat yang mungkin. Namun saya akur Allah ada rancangan yang lebih hebat dari perancangan saya, yang mungkin di luar jangkaan dan kefahaman saya yang terbatas ini.

Dan saya perlu ingatkan diri saya bahawa PhD bukanlah satu perlumbaan atau peraduan yang barang siapa berjaya ke garisan penamat lebih awal maka dialah pemenangnya. Sebab, tiadanya satu kayu pengukur yang jelas tentang apa yang dipelajari, seberapa banyak yang dipelajari atau berapakah tahap kesukarannya, dan apakah faktor-faktor kesukaran itu. Jadi saya tak perlu rasa bagus kalau saya habis PhD pada masa 3 tahun atau kurang, dan saya tak perlu rasa teruk kalau terlebih had. Hanya kita tahu adakah kita telah menang atau tidak. Setujukah?

OK cukup. Mari cerita topik yang kurang tekanan. Dalam keadaan cuaca yang makin mendingin ini, kami masih teruskan kehidupan seperti biasa, cuma keadaan lebih mencabar kerana masing-masing perlu hadapi keadaan hidung tersumbat dan batuk-batuk, dan kadangkala kekejangan kaki walau pun salji belum turun lagi.

Tekak saya pula dalam cuaca sejuk sebegini asyik kepingin sup panas-panas. Di suatu hari yang mengada-ngada itu, sup tauhu telur panas terbayang-bayang dalam kepala saya, lalu memotivasikan saya untuk membuat sendiri tauhu telur idaman itu atas sebab tauhu-tauhu telur di China town agak meragukan status kehalalannya. Mungkin ini adalah salah satu faktor kenapa kerja PhD saya lambat siap. Apa-apa pun, agak senang dan ringkas juga resepinya, budak sekolah rendah pun mungkin boleh menyediakannya, dgn sedikit bantuan org dewasa mungkin. Jadi, untuk menjadi orang yang boleh memasak tauhu telur tanpa kebergantungan kepada Encik Dak Poh atau Puan Bi-Jan, awak hanya perlukan:

1 liter susu soya tanpa gula
6 biji telur
stok ayam (saya guna kiub stok ikan bilis)
sedikit lada sulah

Kemudian, setelah telur dipukul sepenuh perasaan dan stok ikan/ayam yg dilarutkan dalam sesudu air panas dicampur mesra sekali, masukkan lada sulah dan susu kacang soya dan kacau adunan tersebut. Tapiskan adunan dalam bekas supaya tauhu itu mulus permukaan kulitnya, dan kukus dgn api perlahan/sederhana dalam masa 20-30 minit. Pastikan api tidak terlalu kuat supaya tauhu itu tidak bellubang-lubang seperti permukaan bulan. Namun, jika awak sudah tidak dapat menahan sabar, biarkan lah ianya berlubang asalkan rasanya sama. Jadi beginilah rupanya tauhu yang di kukus dengan kesabaran api perlahan:

Dan kalau suka atau rajin dan sabar, gorenglah tauhu tersebut sebelum di masukkan dalam sup. Ini gambar tauhu bersama sup ikan mackerel dan cendawan shitake, tanpa digoreng. Sedap! dan alhamdulillah tercapailah impian saya untuk makan sup tauhu telur panas.

Aktiviti lain, budak-budak perempuan dengan cookies nya. Buat biskut malaysia resepi mak dan ginger cookies. Yang tak laratnya sampai seminggu dua kali ada permintaan buat cookies -weekdays lak tu. Layankan aje lah. Siapa suruh belikan baking set tu? Janji dah besar boleh tolong ibu yer?

Sempat juga celebrate birthday Kak Bariah, hasil pakatan ngan kawan-kawan. Ini percubaan pertama saya buat kek icing, guna piping tips. Haha..tak le lawo sangat kek tu, siap ade merekah lagi, mungkin tebal sangat icing tu. Next time silalah improve wahai Pn Nurul.

Ini pulak kek yang Yati buat. Kek cherry lapis coklat. Sedap betul, hancus saya punya diet malam tu. Cheh!

Kita pakat-pakat buat yong tau foo dan tom yam sejuk-sejuk ni! Makan lebih dari satu pusingan pastinya. Hancus lagi diet saya. Lain kali baik jangan cakap nak diet. Senang.

Ini posing wajib, the ladies and the birthday lady, Kak Sabariah. Hope you enjoy it kak!

Lepas makan yong tau foo, Yati siapkan mangga cecah dengan sambal cili kicap. Gambar tiada dalam simpanan sebab semua leka asyik masyuk makan mangga termasuk Encik2 abang. Yeeha! Perggh rasa seperti di Malaysia bagai. Bahagianya saya rasa pada masa itu.

Lagi updates, on Saturday bawak anak-anak ke Picadilly, shopping-shopping winter boots dan entah apa-apa entah lagi yang saya beli. Kalau pegi area Manchester city sekarang ini boleh berpinar biji mata sebab ada jualan murah sana-sini. Janganlah harapnya saya tergoda - dengan poket yang nipis dan keinginan melampaui kemampuan sememangnya tidaklah sesuai untuk tergoda atau menggodakan diri. Entah apa yang saya merapu nih!

Penat berjalan, berhenti sekejap minum kopi dan makan donut.


Meronda ke Arndale, budak-budak dah penat dan sejuk. Nak balik cepat. Terima kasih selamatkan ibu dari cuci mata dan tergoda yer.


Ini Manchester eye dengan suasana Christmas nya. Tak sempat ambil gambar Christmas stalls yang cantiks itu. Next time maybe?

dan pulang ke Woodlands road dari Victoria.
Sekian, kemas kini yang panjang untuk kali ini. Salam musim luruh!

Comments

AyinEmran said…
Rajinnya kak long buat tauhu n buat baking project! That reminds me belum bagi lagi resepi cupcakes kan? Ish teruk betul.

Nak rasa biskut malaysia Najah & Nadhirah buat! Mak Lang suka!
Akmar Emran said…
Mak lang, bukan rajin tapi kena buat hihi..Silalah bagi resepi tu before birthdy Najah yer? Rasanya biskut malaysia yg mak buat lagi sedap la. Guna Planta kot.
dyaemran said…
besnye mkn2 tu.kecur org malaysia tgk.teringin lak nak rasa sup tauhu kak long.heh.
yela, najah's birthday is coming..growing so fast bdak2 nih!
btw, gudluck with ur writing kak long.
Unknown said…
kak nurul.....
suka entry nie..mcm2 ada......saya ada quote something from this entry which totally agree with you dear..all the best.....
Akmar Emran said…
Intan-terima kasih jadi pembaca setia blog yg tak seberapa ni. All the best to you to :)
Akmar Emran said…
Dya, sori tak perasan ade komen. Lor sori buatkan ibu mengandung keliur lak yek. Nnti suh Abg Chard carikkan sup tahu tu yer? Thanks for the wishes. Gd luck to you too.

Popular Posts