Musim luruh ini
Rasa cemas, cemburu (dan gembira) pada kawan-kawan yang sudah selesai atau hampir selesai perjuangan, sedangkan saya masih lagi mengharap-harap dapat melangsaikan amanah ini secepat yang mungkin. Namun saya akur Allah ada rancangan yang lebih hebat dari perancangan saya, yang mungkin di luar jangkaan dan kefahaman saya yang terbatas ini.
Dan saya perlu ingatkan diri saya bahawa PhD bukanlah satu perlumbaan atau peraduan yang barang siapa berjaya ke garisan penamat lebih awal maka dialah pemenangnya. Sebab, tiadanya satu kayu pengukur yang jelas tentang apa yang dipelajari, seberapa banyak yang dipelajari atau berapakah tahap kesukarannya, dan apakah faktor-faktor kesukaran itu. Jadi saya tak perlu rasa bagus kalau saya habis PhD pada masa 3 tahun atau kurang, dan saya tak perlu rasa teruk kalau terlebih had. Hanya kita tahu adakah kita telah menang atau tidak. Setujukah?
OK cukup. Mari cerita topik yang kurang tekanan. Dalam keadaan cuaca yang makin mendingin ini, kami masih teruskan kehidupan seperti biasa, cuma keadaan lebih mencabar kerana masing-masing perlu hadapi keadaan hidung tersumbat dan batuk-batuk, dan kadangkala kekejangan kaki walau pun salji belum turun lagi.
Tekak saya pula dalam cuaca sejuk sebegini asyik kepingin sup panas-panas. Di suatu hari yang mengada-ngada itu, sup tauhu telur panas terbayang-bayang dalam kepala saya, lalu memotivasikan saya untuk membuat sendiri tauhu telur idaman itu atas sebab tauhu-tauhu telur di China town agak meragukan status kehalalannya. Mungkin ini adalah salah satu faktor kenapa kerja PhD saya lambat siap. Apa-apa pun, agak senang dan ringkas juga resepinya, budak sekolah rendah pun mungkin boleh menyediakannya, dgn sedikit bantuan org dewasa mungkin. Jadi, untuk menjadi orang yang boleh memasak tauhu telur tanpa kebergantungan kepada Encik Dak Poh atau Puan Bi-Jan, awak hanya perlukan:
1 liter susu soya tanpa gula
6 biji telur
stok ayam (saya guna kiub stok ikan bilis)
sedikit lada sulah
Kemudian, setelah telur dipukul sepenuh perasaan dan stok ikan/ayam yg dilarutkan dalam sesudu air panas dicampur mesra sekali, masukkan lada sulah dan susu kacang soya dan kacau adunan tersebut. Tapiskan adunan dalam bekas supaya tauhu itu mulus permukaan kulitnya, dan kukus dgn api perlahan/sederhana dalam masa 20-30 minit. Pastikan api tidak terlalu kuat supaya tauhu itu tidak bellubang-lubang seperti permukaan bulan. Namun, jika awak sudah tidak dapat menahan sabar, biarkan lah ianya berlubang asalkan rasanya sama. Jadi beginilah rupanya tauhu yang di kukus dengan kesabaran api perlahan:
Aktiviti lain, budak-budak perempuan dengan cookies nya. Buat biskut malaysia resepi mak dan ginger cookies. Yang tak laratnya sampai seminggu dua kali ada permintaan buat cookies -weekdays lak tu. Layankan aje lah. Siapa suruh belikan baking set tu? Janji dah besar boleh tolong ibu yer?
Lagi updates, on Saturday bawak anak-anak ke Picadilly, shopping-shopping winter boots dan entah apa-apa entah lagi yang saya beli. Kalau pegi area Manchester city sekarang ini boleh berpinar biji mata sebab ada jualan murah sana-sini. Janganlah harapnya saya tergoda - dengan poket yang nipis dan keinginan melampaui kemampuan sememangnya tidaklah sesuai untuk tergoda atau menggodakan diri. Entah apa yang saya merapu nih!
Meronda ke Arndale, budak-budak dah penat dan sejuk. Nak balik cepat. Terima kasih selamatkan ibu dari cuci mata dan tergoda yer.
Ini Manchester eye dengan suasana Christmas nya. Tak sempat ambil gambar Christmas stalls yang cantiks itu. Next time maybe?
Sekian, kemas kini yang panjang untuk kali ini. Salam musim luruh!

Comments
Nak rasa biskut malaysia Najah & Nadhirah buat! Mak Lang suka!
yela, najah's birthday is coming..growing so fast bdak2 nih!
btw, gudluck with ur writing kak long.
suka entry nie..mcm2 ada......saya ada quote something from this entry which totally agree with you dear..all the best.....