Salam Lebaran
Semoga masih tidak terlewat untuk saya ucapkan salam aidilfitri buat semua yg sudi menjengah blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap di dalam catatan saya selama ini. Aidilfitri tahun ini adalah yg teristimewa buat saya kerana saya berpeluang meraikannya bersama-sama keluar tercinta di Melaka dan di Kedah. Walau tidak pernah terlintas utk pulang ke tanahair sebelum tugasan di sini selesai, namun Allah telah permudahkan untuk kami menjenguk keluarga, terutama ayah yang agak uzur sejak kebelakangan ini. Doa kami agar Allah kurniakan kesihatan yang baik pada ayah dan emak, dan permudahkan segala urusan mereka.
Hati terasa sayu ketika bersalaman dengan ayah dan emak di hari terakhir kami di Melaka, sebagai tanda diri perlu meninggalkan mereka buat kesekian kalinya bagi menyudahkan episod cerita kami di Manchester.
Namun saya yakin, segala pengorbanan yang ikhlas akan dibalas dengan kemanisan yang bakal dikecapi bersama. Segala masalah pasti ada penyelesaiannya selagi kita sentiasa bersandar harap pada yang Esa, yang saban hari akan menguji kesabaran kita. Hargailah orang-orang tersayang disekeliling kita, selagi kita punya masa dan kesempatan untuk melakukannya. InsyaAllah, kita akan dikurniakan kebahagiaan bila kita selalu cuba untuk membahagiakan orang lain.
Dan jika kita selalu menganggap bahawa diri kita adalah pelengkap kepada orang-orang dikeliling kita, kita tidak akan mudah dikecewakan, bahkan pegangan inilah yang akan membuat kita terus kuat dan tabah mengharung hidup.
Moga kita sama-sama menjadi insan yang selalu memberi, dan jauhkanlah dari menjadi insan yang selalu menerima. Semoga berbahagia selalu!

Comments
Nway,sorry sgt2 lmbt wish..happy belated birthday ek.najah bg apa?aritu bising2 ibu x bitau besday kat dia kan?
Hugs n Kisses utk nAjah n nadhirah..sunyinye diorg xde.
Thanks for the wishes, it's never too late. Najah komplen lagi ta bgtau, tp tak buat pun kad. Hugs and kisses utk Khayra juga yer? Rindulah kat senyum simpul dia tu.