Hari ini, hari Isnin

Jadi, apa yang istimewanya dengan hari Isnin? Jawapannya tiada apa yang istimewa, cuma pada hari ini saya baru berkesempatan membuat catatan di blog setelah hampir 2 bulan. Dalam pada masa saya tidak menulis blog itu, saya sihat walafiat saja, bahkan hidup saya dipenuhi dengan berbagai bagai acara. Antara acara-acara tersebut ada yang menarik, ada yang buat saya gusar sepanjang minggu ada yang buat saya lupa kesibukan berPhD ini.

Alhamdulillah fasa menulis utk draf pertama tesis sudah selesai. Tahniah wahai diri. Lalu sekarang saya sedang berkayuh untuk fasa kedua menulis. Walau saya agak terluka dengan maklum balas dari sv ttg penulisan bab-bab tesis, namun ini adalah salah satu skil yang perlu dimahiri oleh sesiapa yang bergelar penyelidik- which is how to manage criticism. Kalau air mata awak tak berderai-derai, awak mungkin akan merasa serba tak kena dan kadang-kadang rasa macam 'teruk sangat ke aku nih?'.

Juga hari ini adalah hari Isnin terakhir sebelum Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan. Juga hari Isnin terakhir sebelum saya terbang ke pangkuan keluarga untuk mengubat luka dan rindu. Masa yang telah lama saya nantikan, tetapi saya harus kembali semula ke bumi Manchester ini utk menyambung tugasan yang belum selesai. Tugasan yang belum siap sempurna. Tugasan yang menuntut saya menjiwai dan menguasai ilmu sebagai syaratnya. Sukar dan sulit selalunya, kerana saya tidak punya masa yang panjang untuk mamahami apa yang perlu dilalukan untuk meredakan kesukaran-kesukaran itu. Sukar dan sulit kerana saya tidak mampu untuk menjelaskan apakah yang meyukarkan pada yang kurang memahami.

Doakan moga saya kembali dengan kekuatan utk teruskan perjuangan dan terus menjadi mujahidah yang tidak pernah perputus asa dengan ujian. Doakan moga kami diberi petunjuk dan hidayah dariNya. Salam, salam Ramadhan buat semua.

Comments

Unknown said…
tahniah kak nurul...td tersembang dgn anas kat rumah kak rabyah...balik menjenguk abah akak yg sakit tu yer..moga2 abah akak cepat sembuh yer...dan moga2 terubat luka dan rindu akak yer....apa yg akak catatkan dlm entry kali ini nmpknya hampir ada persamaan dgn saya yg mana org nmpk perjlnan phd sya mcm 'smooth' je...tp sebenarnya mcm2 yg bergelodak dlm fikiran ini....
AyinEmran said…
Tak sabarnya nak jumpa k long n family!
Akmar Emran said…
thanks Intan, moga berjaya hadapi segala dugaan.
mak lang- tak sabar jugak jugak!

Popular Posts