Stop crying your heart out

Saya selalu berdoa agar sesuatu yang lebih baik berlaku setiap hari pada saya, suami mahu pun anak-anak dalam kehidupan kami di sini. Menyorot kembali tahun pertama kami di sini, kehidupan memanglah mencabar. Menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca, cara hidup dan juga penyelia-penyelia memakan masa. Namun Allah itu adil, Dia memberi cubaan pada hamba-hambaNya berdasarkan apa yang mampu ditanggungNya. Kesukaran-kesukaran awal tanpa disedari telah diringankanNya sedikit demi sedikit sehingga hari ini. Terima kasih Allah.

Dalam coretan lepas, saya ada menyatakan tentang ujian. Beberapa hari selepas itu saya mendapat khabar ujian-ujian yang dihadapi oleh rakan-rakan seperjuangan yang jauh lebih berat dari apa yang saya hadapi. Saya menjadi malu sendiri, mengadu pada Tuhan tentang ujian-ujian kecil yang saya hadapi. Terasa diri terlalu lemah dan mudah mengeluh bila diuji.

Mungkin kerana keputusan mengambil PhD adalah dalam keadaan saya belum bersedia. Main redah saja apa yang datang bergolek pada saya. Main belasah saja apa yang saya perlu buat untuk jadi bersedia. Mengambil pendekatan Try and error kata orang komputer.

Situasinya pada peringkat awal itu saya masih terpinga-pinga di alam membuat research, lantaran ceteknya ilmu dan pengalaman. Tergeliat-geliat lidah bila berbahas dengan penyelia-penyelia saya. Terkial-kial di alam menjadi ibu beranak kecil. Termangu-mangu setiap kali mahu sediakan santapan keluarga kerana ceteknya ilmu masakan saya. Lalu banyak perkara yang baru bagi saya, banyak perkara yang sukar pada saya untuk dicernakan oleh akal kerana emosi sering berpengaruh.

Namun realitinya, kita jarang akan sampai ke tahap cukup bersedia dalam hadapi apa jua situasi kehidupan. Yang penting kita bersedia untuk mempelajari pengalaman-pengalaman baru itu sepanjang tempoh kita menempuhnya. Yang penting kita bijak mengadaptasi suasana. Ada yang terkandas dalam proses ini, ada juga yang berjaya berkat sabar dan ketabahan. Contohilah mereka yang telah berjaya, pelajarilah dari mereka yang kecundang. Selamat menghadapi realiti hidup buat semua. Stop crying your heart out, kata Cik Leona yang manis.

Comments

pidit said…
maybe dya pun x perlu tunggu sampai btul2 bersedia utk sambung master kan?

teruskan perjuangan k long ek..:)
Akmar Emran said…
Thanks mak teh. Nak tunggu bersedia sedia sangat, bila lah tu kan? Gud luck to you to my dear sis!

Popular Posts