Meniti ujian


Terasa bagai berjalan di dalam gelap, teraba-raba mencari arah, rasa perit, celaru, tertekan dan segala macam perasaan yang tidak enak datang menjengah. Ais mula mencair diluar, tetapi kedinginan yang saya rasakan di dalam diri masih membatu. Saya salahkan hormon yang membuat saya begitu sensitif, dengan tekanan. Ada pula tugasan penting yang perlu disiapkan segera sebelum mesyuarat esok, yang pastinya saya perlu bersedia jika ditanya lebih mendalam tentang setiap jawapan yang saya berikan.

Kadang kala saya terfikir, betapa sukarnya untuk membezakan apa yang lebih penting dalam hidup. Kerana selalu ada konflik di antara banyak perkara-perkara penting dalam hidup ini. Kerana kekeliruan inilah saya sedar yang kadang kala saya jadi acuh tak acuh bila anak-anak mahu bermain dengan saya, atau mahu dilayan karenah dan permintaan-permintaan mereka terutama di masa-masa saya sibuk menyiapkan tugasan.

Saya tidak sedar, yang tindak tanduk saya telah membuat mereka rasa yang mereka tidak penting, dan akhirnya anak-anak kecil ini memberontak, merajuk tanpa sebab yang munasabah. Syukur, banyak yang saya pelajari dari blog seorang sahabat yang sungguh bermanfaat untuk menjadi ibu yang lebih perihatin. Menjadi ibu yang lebih perihatin dan lebih penyayang, azam saya untuk tahun ini. Perlu diwar-warkan azam ini supaya ada yang mengingatkan bila saya terlupa. Najah selalu kata 'ibu ni garanglah..' atau 'tak maulah kawan dengan ibu lagi, ibu tak sayang kakak..' antara respon yang boleh menjadi cermin diri ini.

Yang pastinya hidup adalah ujian, yang perlu dihadapi dengan berani, cekal dan sabar. Kita akan diuji dengan kesedihan mahu pun kesenangan. Bukalah hati pada kebenaran, agar kita tetap teguh di jalan yang benar, jalan yang diredhai. Hingga hati kembali tenang, selamat menempuh ujian hidup, pada semua.

Comments

Unknown said…
kak nurul..thanks for reminds it becoz i'm forgot about it...baru je luah perasaan dlm phd blogs dgn cara tidak ber'ilmiah'..malu sekejap tatkala abca coretan kak nurul yg lebih ber'ilmiah'....
AyinEmran said…
ujian itu tandanya Allah sayang pada kita.

ala sian najah majuk, kak long bitau dia, kalau dpt siapkan keja kak long, boleh balik mesia cepat2. dia kan dah besar mesti dia paham. :)
Akmar Emran said…
Intan, malulah cakap blog akk ni berilmiah. Biasa2 jer lah. Moga kita sentiasa rasional dalam menghadapai segala ujian yg mendatang.
Mak lang, setuju ujian tanda sayang. Dah bgtau kat dia selalu, Najah kadang2 lebih matang dari yg alg jangkakan.

Popular Posts