Musim Luruh dan bunga api

Ya, terimalah hakikat yang sekarang sudah masuk musim luruh. Suhu diluar semakin dingin menggigit. Gambar di atas, kenangan musim luruh tahun ini di Heaton Park. Lagi gambar di sini dan di sini. Sudah dapat isyarat untuk berbaju tebal-berlapis, berstokin sepanjang hari, berlosyen kulit supaya kulit tidak kering merekah, ber-gloss bibir supaya bibir tidak kering dan cuba supaya tidak menjadikan cuaca alasan untuk terus berselimut dan bermalasan. Oh ya, saya tidak boleh jadi malas, jika mahu selesaikan tugas ini pada masanya. Pada masa yang saya rancang. Namun saya tidak menolak apa jua yang Allah sudah rancangkan untuk saya. Baik saya terima, yang buruk pun perlu diterima.

Juga sudah dapat lampu hijau dari Puan Suzanne untuk mula menulis. Ya mula menulis. Proses yang menurut orang yang telah melalui, satu fasa yang amat mencabar, yang boleh menyebabkan seseorang tertekan atau 'gila'? Kenapalah saya jarang mendengar cerita pengalaman yang manis-manis dari orang-orang yang sudah melalui itu ? Saya pasti ada orang yang melalui proses mendapatkan PhD dengan riang gembira, dengan jayanya tapi riang. Saya cuma mahu menjadi riang, dan berjaya. Apa pun yang menyebabkan keriangan itu, banyak sekali. Sangat personal, dan bergantung pada individu. Kalau perkara-perkara yang boleh meriangkan itu amatlah banyak, sudah tentulah orang itu susah untuk cenderung menjadi riang. Sebalikya kalau perkara yang boleh meriangkan seseorang itu sedikit, sudah tentu orang lebih cenderung untuk mudah menjadi riang. Itu teori saya. Tiada siapa pun dipaksa untuk percaya dengan teori ini, atau bersetuju dengannya. Yang penting kita mahu jadi orang yang riang. Ini berbeza dengan menjadi periang. Orang periang adalah orang yang meriangkan orang, yang mungkin diri sendiri pun belum tentu riang. Kesian ya. Pilih lah mahu jadi yang mana pun, asalkan riang.


Gambar seterusnya adalah suasana riang ketika malam 'Bonfire', malam bunga api di Manchester. Itu Najah dan Amirah, terlonjak-lonjak riang gembira. Biarlah mereka begitu. Adik pula hanya riang sebentar, kemudian mahu masuk kereta sebab takutkan bunyi dentam-dentum bunga api. Moga hidup anda juga riang, selalu.

Comments

AyinEmran said…
Kak long, pening kepala ain baca pasal teori riang. Belum baca tesis kak long lagi, huhu.

All the best btw.

Ingatkan nadhirah lagi berani dari najah. Hehe.
Unknown said…
kak nurul...cayalah!!!!!!! dah berjaya menghasilkan satu teori baru nie..yg pasti saya bukan kategori org yg riang dalaman sbb saya jenis orang yg mudah sedih dalam hati..anak sakit sedih..org kata kat anak pun sedih..sendiri sakit lagi la sedih..kalau time happy terasa org cemburu kan kita...so boleh dpt teori baru ni..anyway mmg ada phd mate(kwn kak lin gak..azizi) buat pasal depression guna artificial intelligence di amsterdam..ada kaitan gdn teori baru kak nurul nie..hehehehehehe.........
pidit said…
dya rasa riang tu terhasil atas titik peluh jerih payah yg diharungi masa wat phd..without pain kita x kan appreciate kejayaan yg kita dpt.sure keriangannye x sama kan?

wish hanya yg terbaik buat k long n family..
Akmar Emran said…
Ain: jangan risau, hanya sv, dan examiner jer yg bother baca thesis tu. TQ, ya, Nadhirah belum faham nikmat tgk bunga api.
Intan:Don't get too carried away. Tak de menda pun teori tu ..
Dya:cepat sikit sambung blaja, dapat rasa keriangan tu nanti. :) And TQ

Popular Posts