Ramadhan yang ke-22

Asyik mengisahkan kerja saya sahaja sampai tak sedar Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Sudah selesai pembentangan di seminar IMG Rabu lepas. Alhamdulillah sangkaan saya tidak ramai yg berminat mendengar kerja saya rupanya meleset. Saya amat kagum dengan semangat mereka-mereka yg cuba mahu memahami apa yg saya lakukan walaupun pada saya kerja saya ini amatlah kecil berbanding mereka yg merupakan dari kalangan professor-professor atau pun penyelidik berpengalaman. Menurut Lily (rakan seangkatan di Computer Science Dept) ini mmg budaya kerja mereka yg tidak memandang remeh ttg kerja org lain. Agar cuak juga bila diterjah soalan demi soalan, tapi syukur saya dapat berikan penjelasan. Cuma saya rasa byk lagi perlu saya perbaiki terutama dari segi penyampaian saya. Ada yg memberi komen agar saya patut kuatkan lagi suara saya, tapi sebenarnya itulah kelemahan saya. Jadi saya mmg perlukan pembesar suara kerana kalau dipaksa alamatnya tidak sampai sejam suara saya akn berubah menjadi pelik, antara mahu keluar dgn tidak. Namun saya masih ada satu lagi perkara penting minggu hadapan yg akn menentukan samada saya layak untuk menapak ke tahun tiga atau tidak. Saya sudah selesai siapkan slide pembentangan, cuma kini perlu latih-tubi utk menyampaikannya.

Cukuplah untuk cerita kerja saya. Antara perkara penting yg berlaku di bulan Ramadhan ini ialah Najah sudah masuk ke tahun 1 persekolahan. Sudah mula ada homework . Selagi saya tidak bantu selesaikan dia akan kecoh memaksa-maksa saya, amat risau jika gagal siapkan seperti yg diminta cikgu. Aduhai, budak yg baru naik darjah satu, sudah risau bagaikan mahu di temuduga masuk tahun 3 PhD? Tapi saya tidak salahkan dia begitu. Sepatutnya saya bersyukur daripada dia langsung tak acuh dgn kerjanya. Ini gambar hari pertamanya utk Year 1.
Nadhirah pula sudah dapat surat yang akan mula bersekolah nursery November ini. Saya pula yang risau, masih rasakan yang dia masih kecil untuk sekolah, belum bersedia mahu wee-wee sendiri. Botol susu pun masih tak lekang di tangan. Hai macam manalah adik nak sekolah begini. Tapi saya perlu percayakan dia, yakin yang dia sebenarnya sudah besar, bukannya my little baby girl anymore. Sudah besar rupanya anak ibu.
Hari ini saya berkesempatan buat kuih paling mudah, cornflakes madu.

Ingatkan mahu bertangguh projek kuih hingga selesai temuduga, tapi disebabkan kuih ini amat mudah dan bahan-bahan pun sudah sedia diadun maka dapatlah satu bekas besar hanya dalam masa 2 jam saja.
Ini, the first two guests yang dah rasmikan kuih raya.

Selamat terus terokai Ramadhan untuk semua. Masih ada masa untuk merebut pahala Ramadhan. Sampai ketemu lagi.

Comments

AyinEmran said…
All the best kak long for next week!

Excitednya najah nak gi school, first day tu. Ain dulu siap nak balik umah 1st day, mujur ada k long dgn abg. Haha. Obses dgn homework tu ikut k long la tu.

Dak nadhirah mmg suka bgaya eh? Geram betul.

Hebatla dah buat kuih. Ain jugak tak start lagi, haha.
pidit said…
alalala..najah dah masuk skola btul2 ek..hepi skooling n berhomework kat najah..

nadhirah tu nmpk je manja kot tp mak teh sure dia leh bwk diri..ade new frens nnt jd kakak2 pulak (bila la nadhirah nak jd kakak?hihi..)

sempatnye la k long wat kuih.dlm sibuk2 present n blaja.org kat mesia ni (dya ler) x pk wat kuih pun haa..tahniah2..siap dah ade tetamu pun jamah kuih raya.

selamat ber'ramadhan' dan siap2 berhari raya!
Akmar Emran said…
Ain- thank you. Start la ngan kuih senang dulu. Mesti boleh nyer.
Dya- amboi bila nadhirah nak jadi kakak? hihi..Only Allah knows. Alg kalo kat M'sia pon tak de desparate sgt nak buat kuih kan. Convenient. Hidup kat tmpt org buat benda yg tak pernah terpikir di fikiran.
ibu_umairah said…
salam,k.long selamat hari raya dari as sekeluarga

~to..najah selamat bersekolah.makin besar dah banyak berubah wajah nya~

~nadhirah..sama ngan umairah nanti mahu besekolah~
Akmar Emran said…
As, selamat hari raya juga. Maaf zahir batin. Selamt skolah kat Umairah.
helmyemran said…
K long.. Congrats on ur presentation! tunggu interview pulak. insyaAllah..kitorng doa k long lepas.

Happy birthday! haha..first yg wish kan? sbb takut esok tak sempat masuk blog k long nih. nak cuba balik melaka ari ni. so, bz bz siapkan semua keje sblm balik. abg anas bg hadiah apa?haha.

kirim salam abg anas, najah n nadira. Slamat hari raya juga. Maaf zahir batin.
Ummi Salsabila said…
Salam syg buat kak long n family di sana..

selmat hari raya aidilfitri kpd kak long n abg anas..maaf zahir batin dr kami sekeluarga..kami beraya di melaka thn ni.:)

najah da besar.kejap je.happy schooling dear..

nadhirah mmg pndai pose.comel!
Akmar Emran said…
Mi, thank you. Hepi Birthday jugak. Bila nak dapat hadiah besar? hehee..Abg Anas bagi hadiah kasih sayang yg banyak :) haha..
Selamat Hari Raya , maaf Zahir Batin. kali ni raya ke 3 di rantauan isk..isk.

Odah-Selamat Hari raya utk Odah and family. Kali ni raya tambah ceria sbb ade si comelkan? Aufa pun lagi pandai posing. Comel mcm nak gigit! hihi.

Popular Posts