Penantian

Maaf kerana buat blog ini bersawang agak sekian lama. Hanya gambar-gambar yg menjadi santapan mata, menjadikan blog ini berada ditahap idle. Kenapa? Mungkin kerana ruang masa untuk menulis agak terhad memandangkan supervisor ibu akan bercuti panjang tidak lama lagi, jadi setiap minggu ada dwi perjumpaan yang mana setiap satunya menuntut progress yg ketara. Pun juga atas sebab tiadanya mood utk menulis dalam keadaan letih dan tak berinspirasi. Pengecualian utk hari ini sebab ibu rasa terpanggil utk meluahkan rasa dalam menanti mak, ayah dan pasangan mempelai (Dya & Chad) yg dijangka akan tiba di bumi Manchester ini pada hari Rabu ini. Dalam rasa gembira ade terselit rasa risau atas sebarang kemungkinan yg boleh membantutkan harapan kami. Doa kami agar semuanya berjalan lancar dan tiada yg dapat menggambarkan kerinduan kami pada mereka. Amin.

Comments

AyinEmran said…
dah selamat sampai pun, alhamdulillah.

Popular Posts