Sepetang di Whitworth Park

Di taman itu tumbuhnya pepohon berbunga merah jambu pujaanku,
Yang membuat hati si pengunjungnya menjadi girang terpaku,
Yang membuatku tidak mahu pulang ke dunia realitiku,

Yang membuat si dia turut teruja,
Untuk merakam kenangan bersahaja,
Kenangan indah yang sukar dilupakan selamanya,



Wahai taman berbunga merah jambu,
Biarlah aku rasa bahagia begini selalu ,
Kerana engkau punya bebunga liar untuk kupetik,
Yang buat puteri-puteriku tersenyum cantik,

Biarkanlah aku terus nikmati indahmu,
Agar waktu berlalu,
Agar hanyut segala gundah yang bertamu,

Agar aku dapat terus mendengar hilai tawanya,
Di hayun sang buai yang mengasyikkan jiwanya,


Teruskanlah sayang, bermain ceria,

Teruskanlah sayang bercerita,


Ceritakanlah kisah kita, kisah yang manis tercipta.

Comments

HUSNA said…
rambut najah dh lain..hihih
Akmar Emran said…
Husna, rambut tu baru kena kerat jambulnya :)
AyinEmran said…
waahhh jiwang la kak long. (nice poem btw)

cantiknya bunga! early summer dah eh skrg?
Mak lang, ya sudah summer tp masih hujan-hujanan lagi.
dya said…
hehe..ada sedikit bunga-bunga kat hati eh?hehe.bes2.
gamba pun cantik!gudluck k long..moga xkan luntur semangat berusaha ye.

Popular Posts