Penghujung April

Salam penghujung April, buat semua. Pastinya masa terasa begitu pantas berlalu bila hidup penuh dengan tugasan yang perlu diselesaikan secepat dan sebaik mungkin. Saya juga gagal menyedari yang anak-anak sudah mula membesar, sehingga semalam adik datang kepada saya dan berkata, 'Ibu seluar adik dah getting shorter lah'. Aduh betullah sudah jadi kontot 2 inci seluar tidur itu. Baju tidur kakak juga sudah nampak tidak sesuai lagi untuk dirinya kerana badan yang semakin membesar. Dan dia sudah pandai membaca buku-buku pendek, mula mengeja long words dan buat kiraan matematik mudah. Juga sudah boleh mandi sendiri dan pakai pakaian sekolah sendiri. Alhamdulillah Allah telah memudahkan saya, dengan mematangkan anak-anak saya.Begitulah penangan masa yang selalu mengejutkan, kadang kala menggembirakan saya.

Hari-hari saya agak tenang kerana rangka kerja sudah tersedia rapi, tapi penuh dengan debaran dan harapan yang tak putus-putus untuk melangsai tugasan menulis. Hari ini baru selesai bertemu Pn Suzanne untuk bincangkan fasa analisis yang hampir selesai. Saya harus berdebar kerana minggu hadapan sudah masuk fasa untuk pertahankan kaedah eksperimen dan langsung justifikasi keputusannya. Sudah hampir setahun berlalu sejak saya kendalikan eksperimen itu, saya harap saya masih ingat lagi apa yang telah saya lakukan dahulu. Tambahan pula laptop saya diserang virus sewaktu eksperiman berjalan, jadi banyak yang perlu saya lakukan semula. Cubaan tegar yang menguji sabar saya setahun lepas.

Namun, merasa risau secara melampau adalah tidak sihat kerana ianya hanya membuat kita ragu-ragu untuk mengambil tindakan. Pendekatan saya sekarang adalah cuba lakukan walau pun tidak yang terbaik, kemudian lakukan pembetulan ke atas hasil kerja yang tidak terbaik itu secara iterative. Juga perlu jaga kesihatan, dan lakukan senaman supaya dapat kekalkan imuniti badan supaya tak diserang penyakit di waktu-waktu kita memerlukan masa untuk melangsai tugas. Kerana saya tidak banyak masa untuk tidak melangsai tugas, maka kesihatan itu penting untuk saya dan keluarga di sepanjang waktu.

Sehingga bertemu lagi, moga Allah merahmati kamu.

Comments

HUSNA said…
Semoga Allah merahmati maksu sekeluarga juga...!
Akmar Emran said…
terima kasih Husna.
Shue said…
wah..aku cemburu kerna sudah siap rangka kerja :-)cemburu yg positif..hehehe it's an alarm clock to me to work harder.

Semoga Allah merahmati kamu sekeluarga juga~!
Akmar Emran said…
Shue, baru rangka kerja yg siap. Implementation belum tau lagi..hihi..cemburulah asalkan baik.
Dessert Queen said…
Mmm..sekejap je masa berlalu..insya Allah PhD dalam genggaman..
Anak2 pun dah besar..tak sabar tunggu balik Melaka..nanti boleh jumpa2..nka tengok Najah & Nadirah bila dah besar ni plak..
All the best!
AyinEmran said…
alah Najah dan pandai baca buku eh. Nanti maklang anta buku-buku citer eh.

Keep it going kak long.
Akmar Emran said…
Nora terim kasih bebanyak. Aku pun dah tak sabar nak makan coklat ko. Keep it up, the business is fantastic!
Mak lang, tak yah lah antar buku. Kat sini byk dah. Nnti balik boleh bacakan uktk Kasih yer.

Popular Posts