Dunia baru

Zaman untuk saya bermesyuarat di rumah penyelia saya sudah berakhir. Yeay alhamdulillah kerana beliau sudah kena lapor diri bekerja. Dan syukur kerana saya tidak perlu menyusahkan Cik Abg untuk hantar-tunggu-dan jemput saya di rumah Pn Suzanne. Atau pun membuat Nadhirah busan menunggu ibunya habis bermesyuarat. Aduh sungguh saya rasa bersalah kerana ini. Ampun sayang!

Dan yang bagusnya saya juga tidak perlu jadi penceria bayi sambilan sementara menunggu Pn Suzanne membancuh teh atau ke bilik air atau ketika menyediakan makanan lembik untuk bayinya. Bukan mudah hendak mengagah bayi di dalam bahasa Inggeris yer. Mahu tergeliat lidah dibuatnya. Tapi mujur Sophie (nama anak penyelia saya) sudah mahu senyum dengan saya. Kalau saya terlupa yang dia tu anak orang, mahu cedera budak itu saya picitkan. Sudahlah matanya berwarna biru dan berkulit gebu, badan pulak montel berisi.

Kini mesyuarat mingguan telah bermula, walau pun saya terpaksa akur yang waktu terbaik baginya adalah hari Jumaat. Hari yang singkat untuk saya gunakan masa dan buah fikiran kedua-dua peyelia untuk kebaikan dan masa depan kerja saya. Sebab saya perlu terus berkejar dapatkan tram yang kadang-kadang 'bakau darah' juga kerana tahap kelambatan dan servis yang tak menentu, dan saya perlu sampai rumah sblm masuknya waktu solat Jumaat. Bagaikan memasuki fasa dunia baru rasanya kerana cara kerja dan jadual mula berubah.

Saya sudah menjadualkan diri saya untuk menulis tesis. Saya sangkakan yang jadual saya sudah cukup ambitious tetapi malangnya belum cukup bagi Pn Suzanne. Berpinar mata sekejap bila dia minta saya buat perbentangan mingguan untuk mereka bagi topik analisis yang rupa-rupanya belum siap sempurna di matanya. Pada masa yang sama mahu saya menulis dua topik awal tesis yang perlu siap pada bulan Januari. Ya Allah berikanlah saya ruang untuk buat banyak kerja pada satu masa. Nurul, silalah mula jadi wanita yang berdisiplin.

Oh ya cerita Nadhirah ke nurseri sudah ada perkembangan baik. Minggu pertama agak kurang baik prestasi kerana menangis tak rela ditinggalkan. Kalau berterusan harus saya diterima jadi pelajar nurseri itu sebab terpaksa duduk di dalam nurseri sama-sama bermain tanah liat, melukis dan bermain pasir. Seronoklah saya kalau begitu. Minggu kedua sudah ada keberanian setelah puas dipujuk, diberi motivasi (aduh ye ke?). Doa saya supaya dia akan serasi dan gembira dengan dunia barunya.

Sampai hati berbicara lagi. Ilal'iqa

Comments

Unknown said…
insyaallah kak nurul boleh...I'll believe you can do it..same goes to me..dah kena start write up wpun fasa analisis baru saja bermula....
AyinEmran said…
self discipline part yg susah tu, all the best kak long.

ala comelnya nadhirah dah gi school. hihi. takde kakak dah nak geng2.
pidit said…
yep2,all the best k long..mcm2 kna sacrifice skrg,but suma2 tu berbaloi,insyaAllah..

All the best to adik jgk..hehe.klaka la if k long kena register masuk klas nadhirah..
Akmar Emran said…
good luck to you to Intan. Ain and Dya thanks a lot. Nadhirah dah ok dah. Suka gi skool. Alhamdulillah.

Popular Posts