Pemergian

Dapat berita sedih dari Malaya. Perginya seorang abang yang dijemput illahi malam Jumaat lepas, dengan cara pemergian yang sungguh istimewa. Moga Allah mencucuri roh allahyarham Abg Nordin dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.
Dan cerita kematian kita tiada siapa yang mengetahui, selain Dia. Adakah kita akan mati dalam kemuliaan atau dalam kehinaan, hanya amalan di dunia yang bakal menentukan. Saya lantas teringat pada pesan allahyarham Pakwo saya yang mengatakan bahawa orang yang paling cerdik adalah orang yang selalu mengingati mati. Pertama kali saya mendengar kenyataannya ketika saya berumur 8 tahun, saya langsung tidak faham mengapa orang yang ingatkan mati adalah orang yang cerdik. Pada saya ketika itu orang cerdik adalah orang yang boleh dapat markah 100% pada setiap ujian atau pun orang yang tidak mudah ditipu atau dipermainkan. Mungkin ketika itu saya selalu terdedah dengan cerita-cerita Pak Pandir yang selalu menjadi mangsa akibat ketidakcerdikkannya itu.
Namun bila waktu berlalu, saya semakin faham mengapa mengingati mati itu adalah satu perkara yang cerdik untuk dilakukan. Seseorang yg benar-benar mengingati mati akan berusaha sedaya upaya mengumpul amalan baik, dan menjauhi larangan Allah. Orang yang ingat kepada mati sedar yang dunia ini adalah fana, jadi yang perlu dikejar adalah akhirat yang abadi. Kerana itu golongan yg ingatkan mati adalah cerdik. Cerdik kerana dapat memahami yang usia bukanlah ukuran cepat atau lambatnya kematian seseorang. Jadi bayangkanlah jika Allah mahu menjemput kita di masa kita belum bersedia dengan amalan, di saat kita belum sempat bertaubat dari dosa-dosa, apakah agaknya nasib kita di sana?
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin.. amin... amin Yarobbala'lamin. .'
Some said,
"Life is too short to wake up in the morning with regrets,
so love the people who treat you right,
forget the ones that don't,
and believe that everything happens for a reason.
If you got a chance, take it.
If it changes your life, let it.
nobody said life would be easy,
they just promised it would be worth living.."

Comments
Moga rohNya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dirahmatiNya.
Thanks Ain and Intan.
Betul tu. Kita tk pasti bilakan kita akan dijemputNYA.