Bila daun-daun berguguran
Syawal masih ada berbaki beberapa hari lagi sebelum datangnya DzulKaedah. Di sini daun-daun mula berguguran, menandakan musih luruh telah tiba. Masih ada seminggu lagi sebelum pertukaran waktu sejam awal petanda musim panas sudah berakhir. Agak lama saya tidak menulis. Entri penulisan terakhir adalah pada akhir Ramadhan, dan hanya sisipan gambar Aidilfitri yang dapat dipaparkan.
Sebetulnya sepanjang masa tersebut banyak perkara-perkara bahagia yang berlaku dalam hidup saya. Selain ada majlis hari jadi kejutan dari suami dan kawan-kawan, yang melegakan saya sudah berjaya melangkah ke tahun tiga pengajian. Sesi temuduga berjalan lancar, komen dari Pn Suzanne dan panel penilai juga agak memberangsangkan. Syukur Ya Allah pada kejayaan-kejayaan kecil ini. Sambutan hari raya di Manchester juga amat meriah .Tahun ini pada saya sambutannya amat sempurna sekali kerana saya tidak perlu ke universiti pada hari raya pertama, seperti tahun-tahun sebelumnya.
Namun rindu untuk beraya di tanahair bersama mak ayah dan keluarga tersayang mmg tidak terubat dgn kemeriahan di sini. Saya perlu cekalkan hati untuk melunaskan tanggungjawab yang ada hingga selesai. Saya doakan untuk rakan-rakan seperjuangan, dan untuk diri saya sendiri moga Allah permudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kesabaran atas ujian-ujian nyata dan tidak nyata di sepanjang kami di perantauan.
Saya juga doakan agar keluarga saya di Malaya sihat-sihat belaka, dan bersabarlah menunggu kepulangan kami.

Comments
najah n skool cmne?
nadhira start g nursery nov ni kan?
all the best to adik!
Husna-sudah kembalikah? Selamat meneruskan perjuangan. Moga dah terubat rindu pada family yer.
Mak teh-tima kasih dong. Doakan alongmu ini terus bersemangat! Adik is going to school soon. Will give some updates :P