Jika mahu...
...perbaiki diri perlulah ada perubahan. Saya percaya dalam apa jua perkara, jika kita mahu berjaya perlu ada satu anjakan ke tahap yang lebih baik. Saya terfikir, jika saya memulakan perubahan yg sepatutnya, mungkin saya boleh perbaiki banyak perkara pada diri saya sekurang-kurangnya. Usah cakap untuk mengubah orang lain jika diri sendiri pun susah untuk berubah. Tetapi konsep perubahan ini sudah lama dalam Islam. Perubahan atau yg lebih sinonim istilah Hijrah ada satu mesej yg sangat luas, meliputi setiap genap kehidupan manusia sebagai hambaNya.
Samada mahu hijrah dari miliki tabiat buruk kepada pembuangan tabiat itu, atau hijrah dari menjadi manusia malas kepada manusia lebih rajin (dari konteks bekerja atau ibadah), hijrah dari manusia emosional kepada yang rasional, atau apa-apa saja asalkan tujuannya untuk perbaiki diri.
Tetapi pada saya byk cabarannya untuk lakukan hijrah pada diri, waima untuk menjadi konsisten pada perubahan yg telah berjaya dilakukan. Kerana perlunya kekuatan dalam diri yg boleh menolak godaan-godaan untuk menjadi lebih baik. Kerana perkara-pekara yg memudaratkan, yang melekakan, yang melalaikan tentunya lebih manis dan lazat. Moga Ramadhan yg bakal tiba mampu melatih kita menahan godaan-godaan ini, bukan untuk sebulan saja, tapi untuk hari-hari mendatang yang Allah pinjamkan pada kita, sebelum kita dijemputNya di satu ketika yang hanya Dia yg mengetahui.
Salam Ramadhan buat semua dan selamat beribadah.

Comments
tahun ni lama tak day light? brape jam puasa sehari?
dari kami sekeluarga
Hamzah
Linda
Aqmal
Amar &
Aslam
http://hamzah41.blogspot.com
TQ