Back to my ordinary life..
Hari ni hari kedua setelah mak ayah dan Emy berangkat pulang ke tanah air. Perasaan saya tentulah sedih kerana tiada siapa yg mahu kan perpisahan. Sebenarnya dah terlalu banyak event yg berlaku spjg mak dan ayah berada di sini, tapi sungguh, saya tak berkesempatan utk menceritakan. Yang pastinya, saya amat bersyukur kerana Allah memberikan kesihatan yg baik pada mereka dan mengizinkan mereka menjenguk kami di sini. Dan saya harus teruskan kehidupan yang kadang kala membuatkan saya terfikir samada saya telah membuat pilihan yang tepat. Setelah hampir dua tahun bergelumang dengan perjuangan saya ini, sekarang saya semakin faham betapa mendapatkan PhD bukannya mudah, dan saya semakin setuju dgn pendapat yg mengatakan betapa sunyinya dunia PhD ini. Salah satu sebabnya semua perkara yg berkaitan dengan kajian kita perlu fikirkan sendiri, dan selalunya kita tidak tahu samada apa yg kita lakukan itu betul atau tidak. Beruntunglah kalau ada org yg dapat memahami kesukaran itu.
Hari ni hari saya bertemu dengan penyelia kedua saya, Paolo. Setiap minggu kami akan bincangkan hasil eksperimen saya. Mengikut perancangan, saya sepatutnya sudah siap menulis dua bab technical report saya, dan pada masa yg sama saya harus siapkan coding utk algorithm kajian saya. Tapi saya masih membuat eksperimen dan belum dapat keputusan yg memberangsangkan. Saya masih lagi mencari-cari jalan bagaimana harus saya perbaiki keputusan itu, dan hingga kini saya masih kebuntuan! Pada saya kemajuan kerja saya sangat lembab, dan saya mula hilang keyakinan untuk tepati perancangan saya utk tahun ini.
Dalam saya runsingkan ttg kisah PhD saya, di lubuk hati, saya selalu rasa bersalah kerana saya tidak dapat menjadi ibu dan isteri yg sempurna dan masa saya banyak dihabiskan di depan komputer, walaupun di hujung minggu. Saya juga tiada pilihan untuk berada di zon selesa, kerana saya tahu ada 'harga' untuk pilihan itu. Saya harap satu hari nanti saya dapat membayar semula kekurangan saya, dan moga ianya tidak terlewat. Doakan agar segalanya berjalan lancar, agar saya selalu jadi rasional bukan emosional, agar kami dapat pulang dgn kejayaan.

Comments
all the best ok. phd mmg susah. tp jadi lebih mudah sbb abg anas dgn najah dgn nadh ada dgn kak long.
Ain, thanks too. Rasa tak puas bermanja ngan mak dan ayah. Doakan kita org dapat balik cepat.
Anis, terima kasih kerana memahami. Selamat berjuang utk awk juga yer.
dah lama baca entry nurul yg ni...tapi sbb nak tulis memacam....jadi lambat post.
Rul, sabarlah...kalau tak de perpisahan, manakan kita tahu erti rindu,kalau tak sakit manakan kita tahu ertinya sihat....semoga Allah permudahkan segala urusan Nurul dan Anas di sana. ... Kekadang kan Nurul, kita tak pernah puas apa yg kita buat utk anak2...tambah lagi kita selalu sibuk...tapi semoga apa yg kita buat tu di nilai di sisi Allah...Mak dik berdoa, Allah kuatkan hati dan semangat Nurul....teruskan usaha,...insyaAllah kejayaan yg diperolehi dari kesusahan yg berganda...adakan lebih bererti dan manis.....Semoga terus dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keimanan.....MOHONLAH PADA ALLAH YG SENTIASA MENANTI PERMOHONAN DAN PERMINTAAN DARI HAMBA2NYA....All the best to U my dear niece
kami di sini doakan yang terbaik buat k long..
be strong eh?semoga setiap pengorbanan dianugerahkan hadiah paling manis wat k long n family.