Jalan-Jalan York
Ni slide event ke York bawak mak ngan ayah. Kira this is the second time kami ke sana selepas bawak Ain dan Zul thn lepas. Kami pergi ke car-boot yg sama, cuma bezanya kali ini tidak hujan dan banyak gerai jualan. Kesian Ain dan Zul sbb last time hujan so ramai car-booters dah balik. Ayah minat barang-barang gardening, mak cari kasut dan glassware. Cuaca sungguh cerah tetapi berangin. Kesian ayah yg tak tahan pada angin sejuk, menyebabkan usaha membeli belah agak mencabar.
Selepas car-boot kami singgah bergambar di Clifford castle. Masa ni mmg rasa sejuk sbb mungkin kat kawasan berbukit anginnya lebih kencang. Jadi ayah dan emak memilih utk tunggu di bawah, dan kami berempat pun memanjat tangga utk bergambar di puncak castle. Tgklah bibir Nadhirah yg membiru kerana sejuk, tapi masih kelihatan girang gumbira. Oh Najah, ada penyakit gayat bila kat tempat tinggi, jadi asyik nak turun bawah saja.
Di hadapan castle ade bangunan mahkamah dan muzeum yg nampak agak classic bila diabadikan dalam gambar, tapi kena hati-hati sikit sebab di kawasan rumput hujau itu penuh dengan najis itik-angsa yg mungkin jadi penghuni setia di situ. Kami tentunya tak mahu jadi pelecek najis yer, busuk! Dan bayangkan lah mcmmana nak kawal anak dara kenit dua org itu supaya tidak menjadi pelecek.
Destinasi akhir adalah ke York designer's outlet.Saja cuci mata, tak byk outlet yg ade jualan murah. Ayah jumpa banyak t-shirt jenama yg agak murah, rasanya adelah borong dalam 6-7 helai, dan dapat dua pasang kasut Clerk. Mak cari periuk Tefal, tapi sbb harganya masih agak mahal jadi kami putuskan utk tunggu bila ade sales. Oh juga cari barangan kiriman mak long, tapi belum jumpa yg sesuai.
Kami bertolak balik ke Manchester dalam pukul 5 ptg dan sampai sblm Maghrib.

Comments
2) kasut clarks la, bukan clerk. hehe
3) bestnya dpt gi car boot york! takde rezeki aritu hujan (hujan rahmat nak selamatkan duit dpd byk habis, hehe)
4) mak dgn ayah mesti excited dpt gi tgk york yang cantik tu kan?
1)mmg banyak aktiviti tapi at the same time kena pulun keje yg satu tu. 2)mmg saje nak tgk org perasan tak >kasut Clerk haha..
3)Mak excited, ayah up and down. Ayah kata ayah bagai pungguk yg rindukan matahari.