Apa Maksud "Air Hidup"

Ciri-Ciri Air Hidup
70% dari planet kita dilitupi dengan air, tetapi 97% daripadanya adalah lautan air masin dan 2% adalah glasier. Untuk menjadikannya kepada air minuman, Alam Semulajadi mempunyai sistem rawatan air yang begitu menakjubkan. Ia menggunakan matahari, langit dan hampir setiap elemen di bumi untuk menghasilkan air hidup yang sihat semulajadi.
Alam semulajadi menggunakan matahari, aliran magnetik semulajadi, batu-batan dan galian untuk memberikan tenaga kepada air, oksigen, mineral dan struktur molekul misteri yang dibuat daripada kelompok hexagon yang kecil.
Air Hidup mempunyai Ciri-ciri Penting
Ianya Bersih, Asli dan Anti-Penyakit
Air semulajadi yang tidak tercemar adalah sihat, membersih semulajadi dan tahan dari serangan kuman-kuman mikro. Sebab yang lebih tepat lagi untuk ini belum dikenal pasti, tetapi suatu kajian di Institut Lutz Adolfo di Sao Paulo, Brazil menunjukkan bahawa air hidup menghalang pembiakan berbagai jenis hidupan mikro.
Ianya Hidup Dengan Tenaga
Sel-sel badan bergetar dan berdenyut-denyut ke sistem yang kompleks dalam frekuensi berharmoni. Getaran kehidupan ini menjadikan sel-sel berinteraksi di antara satu sama lain dan melakukan pertukaran biologi dan kimia. Sebarang gangguan pada getaran berharmoni ini boleh menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan dan penyakit.
Ianya Disemai Dengan Oxygen Yang Penting
Oksigen adalah tenaga kehidupan -- lagi lebih anda milikinya, lebih baik tubuh anda berfungsi dan lebih sihat anda akan jadi. Kebanyakan dari kita menganggap kita menerima oksigen hanya melalui udara, tetapi sebenarnya oksigen yang menyerap di dalam air menawarkan lebih banyak laluan kepada sel-sel kita. Oksigen didalam air minuman kita boleh meliputi darah dalam 30 saat; otak selama satu minit; kulit selama 10 minit dan hati, jantung dan buah pinggang dalam masa 20 minit!
Air hidup menawarkan oksigen yang banyak yang sedia ada untuk sel anda. Ianya juga menambah oksigen yang anda sedut dimana ianya amat membantu jika anda bernafas dengan udara yang tidak berkualiti atau disebabkan penuaan atau kesihatan yang kurang memuaskan menjadikan pengambilan oksigen anda semakin lemah.



Comments